
BMW CE O2 ‘ePARKOURER’ TAWAR JARAK GERAK 90KM, 15HP, HARGA BERMULA RM32K
BMW baru-baru ini mendedahkan motosikal elektrik BMW CE 02 baharu yang digelar sebagai ‘eParkourer’.
Meskipun ‘eParkourer’ membuatkan kita terbayang disiplin latihan menggunakan pergerakan berlandaskan latihan berhalangan namun ia tidak akan membantu anda untuk melompat, melonjak atau melintasi segala-galanya.
Menurut BMW, ‘eParkourer’ dibina untuk menjadi penyelesaian mobiliti bandar selain didatangkan dengan rupa yang memukau sebagai daya tarikan.

Dari segi kuasa, ia dijana oleh motor elektrik tunggal, menghasilkan 15hp, 55Nm tork dan menawarkan jarak gerak 90km menerusi padanan dua bateri 1.96kWh 48-volt.
Untuk pengecasan penuh, ia akan menelan masa selama 330 minit bagi kelajuan pengecasan standard 0.9kWh.
Walau bagaimanapun, terdapat pilihan pakej Highline, di mana ia berupaya meningkatkan kelajuan pengecasan kepada 1.5kW. Menerusinya, tempoh pengecasan penuh hanya mengambil masa 290 minit.
Selain itu, ‘eParkourer’ dilengkapi dua mod tunggangan iaitu ‘Flow’ dan ‘Surf’ sementara pakej Highline pula menawarkan mod ‘Flash.’
Motosikal elektrik baharu ini akan dijual pada tanda harga bermula AS$7,599 (RM35,430) di Amerika Syarikat.
GALERI:





- BACA: BMW MOTORRAD LANCAR M 1000 RR 50 YEARS M. HARGA BERMULA RM162,519 SEUNIT
- BACA: BMW MOTORRAD MULA PRODUKSI SKUTER ELEKTRIK CE-04. RM49,000 SEUNIT
- BACA: BMW MOTORRAD MALAYSIA LANCAR R NINET 2021. TIGA VARIAN, HARGA BERMULA RM82,500
- BACA: BMW MOTORRAD LANCAR CRUISER R18 B DAN R 18 TRANSCONTINENTAL DI AMERIKA. ENJIN 1.8L, BERMULA RM91K

