RX-7 FD DIARAHKAN KELUAR DARI LITAR NURBURGRING – BUNYI EKZOS KUAT SANGAT NI
Mazda RX-7 masih lagi menggugat keimanan peminat kereta walaupun sudah berusia 31 tahun sejak mula diperkenalkan. Sekarang kalau nak pakai kereta sport keluaran Mazda, Miata adalah pilihan yang terbaik. Kalau nak RX-7 juga kena cari model terpakai dengan harga kayangan. RX-7 FD seperti dalam video ini mula dilancarkan pada tahun 1992 dan terus menggegarkan dunia dengan prestasinya berbekalkan enjin rotary 1.3 liter twin rotor yang mampu menghasilkan 252 hp kuasa.
Rekaan sporty dan ringan menjadikannya asas yang paling sesuai untuk para tuner menunjukkan kreativiti mereka. Malah ia boleh dikatakan setanding ataupun lebih hebat berbanding model-model sport model jika betul talaan yang dilakukan selain skil pemandu itu sendiri.
Kali ini kami kongsikan video Youtuber Misha Charoudin yang men’try’ sendiri sebuah Mazda RX-7 yang sudah diubahsuai di litar Nurburgring sebelum dihentikan petugas kerana bunyi ekzos yang melebihi had dibenarkan.
Enjin kereta ini jelas sekali sudah diubahsuai sekali gus menghasilkan raungan yang indah tapi secara automatik melanggar had bunyi ditetapkan. Nurburgring menetapkan had tidak melebihi 130 desibel. Selepas dua pusingan, RX-7 ini dihentikan kerana melebihi had ketika dipecut pada kelajuan maksima.
Pecutan RX-7 ni memang terbaiklah dengan putaran turbo bermula pada sekitar 4,500 rpm. Jelas kelihatan kedua jarum takometer dan speedometernya naik mencanak dengan pantas. Ya, memang Tesla lagi hebat pecutannya tapi bagi abang itu macam pecutan kereta kawalan jauh. Taka da umphh. Nampak sangat speedometer asal kereta ini tak mampu memberikan bacaan sebenar kerana dihadkan pada 180 kmj sahaja.
Sepanjang rakaman dapat dilihat RX-7 ini menapau beberapa kereta sport lain seperti Rnault Megane dan BMW 3-Series E36. Kebanyakannya memberi laluan kerana itu memang peraturan litar Nurburgring yang mementingkan keselamatan. Nampak kereta belakang laju secara automatik kena bagi laluan secara selamat.
Nampak tak 911 putih abang tengah memecut tu? Nasib baik mamat Youtuber ni bagi laluan. Abang masa tu tengah bersin sambil memotong. Terer tak?
Charoudin merancang untuk kembali lagi ke Nurburgring dengan beberapa naiktaraf dan sistem ekzos yang lebih senyap. RX-7 ini mungkin terlalu bising tapi kelajuannya juga setanding dengan kereta-kereta sports moden di Nurburgring.