Motosikal

BMW MOTORRAD LANCAR M 1000 RR 50 YEARS M. HARGA BERMULA RM162,519 SEUNIT

BMW Motorsport GmbH diasaskan pada tahun 1972 malah menjadi sinonim dalam bidang permotoran sehingga mengugurkan setiap huruf daripada Motorsport menjadi M sahaja.

Kehadiran lencana M pada kenderaan beroda empat mewakili prestasi tanpa kompromi dan pengalaman pemanduan.

Begitupun, pada tahun 2018, peralatan khas M yang pertama mula ditawarkan untuk beberapa model motosikal BMW.

Bahkan, selepas hampir dua tahun, jentera M 1000 RR pertama mula dilancarkan pada tahun 2020 untuk dimiliki penggemar jenama M.

Terbaharu, sempena ulang tahun ke-50 divisyen BMW M, BMW Motorrad memperkenalkan edisi istimewa M 1000 RR.

Jentera BMW M 1000 RR 50 Years M 2023 mendapat sentuhan warna kuning (Sao Paulo Yellow) dengan memiliki dua huruf M.

Selain itu, jika menempah dengan pakej 50 Years M, ia didatangkan pakej M Carbon seperti fender, panel fairing sisi atas, pelindung tangki pada bahagian kiri dan kanan, rantai guard karbon serta penutup sprocket.

Para pelanggan yang memilih pakej itu turut akan mendapat pek M Billet termasuk pelindung enjin aluminium bilet, klac lever, set belakang M dan brek hadapan.

Perubahan lain yang hadir dalam jentera edisi khas itu ialah swingarm, rantai M Endurance, penutup tempat duduk, kit pembonceng dan lencana khas ulang tahun ke-50 M.

Ia mendapat khidmat enjin 4 silinder sebaris dipadankan injap titanium 1.0L penyejukan cecair yang mampu menjana kuasa 205hp @ 13,000rpm dan tork 113Nm @ 11,000rpm.

BMW M 1000 RR 50 Years M berupaya memecut 0-100 km/j dalam masa 3.1 saat dengan kelajuan maksimum mencecah 304 km/j.

Jentera baharu itu dijangka berada di pasaran suku ketiga tahun ini ditawarkan pada harga AS$36,995 (RM162,519). – carbuzz/rideapart

Google ads
Back to top button