Buletin

BMW GROUP MALAYSIA UMUM SENARAI HARGA BAHARU MODEL BMW DAN MINI

BMW Group Malaysia baru-baru ini mengumumkan senarai harga baharu bagi kenderaan BMW dan MINI untuk pelanggan tempatan.

Struktur harga baharu ini menawarkan pelanggan BMW dengan cadangan harga baharu. Ia boleh dipadankan dengan pakej jaminan tanpa had perbatuan selama 5 tahun atau pakej servis 5 tahun/100,000km.

Pelanggan juga boleh memilih untuk membeli kenderaan dengan jaminan tanpa had perbatuan selama 5 tahun bersama pakej servis berjadual percuma (Pakej Waranti & Servis Lanjutan) tanpa kos tambahan.

Semua ini dapat diakses melalui BMW Shop Online dan MINI Online Shop.

Pelanggan kini boleh membeli jentera MINI bersama pakej jaminan tanpa had perbatuan selama 4 tahun dengan pakej servis berjadual percuma (Pakej Waranti & Servis Lanjutan) pada harga yang sama seperti sebelum ini.

Pengalaman pemilikan premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia meliputi:

  • Bantuan tepi jalan serta hotline kemalangan oleh BMW dan MINI
  • Aplikasi mudah alih BMW Group Loyalty+ – BMW Privileges Card, MINI Black Card
  • Servis dalam talian BMW dan MINI

Senarai penuh bagi harga baharu ini boleh didapati di www.bmw.com.my atau www.mini.my. Pilihan personalisasi yang lebih luas boleh diakses melalui BMW Shop Online atau MINI Online Shop.

Google ads
Back to top button