Buletin

BMW PERKENAL VARIAN X7 xDrive40i M SPORT CKD 2022. 340HP, BERMULA RM729K, RM8,800 SAHAJA SEBULAN 

BMW Malaysia baru sahaja memperkenalkan varian M Sport BMW X7 ke pasaran tempatan. BMW X7 xDrive40i M Sport menjanjikan pemanduan yang mengujakan. 

SUV besar yang dikenali sebagai “The President” itu turut hadir dengan pakej M Aerodynamics sebagai standard. Penampilannya disempurnakan dengan rim 758 M Alloy bersaiz 22 inci, brek M Sport dan jalur luaran aluminium ‘Individual’.

BMW X7 xDrive40i M Sport dikuasakan oleh enjin enam silinder sebaris dengan pengecas turbo berkembar bersesaran 3.0 liter. Mampu menjana 340hp dan tork 450Nm, ia dipadankan dengan kotak gear 8 kelajuan automatik. 

Varian baharu itu didatangkan dengan ciri-ciri seperti Executive Drive Pro, Integral Active Steering dan sistem pacuan semua roda xDrive. Ia turut mengekalkan konfigurasi tujuh tempat duduk, bumbung kaca panorama, BMW Laserlight dan BMW Display Key.

Di ruang kabin, BMW X7 xDrive40i M Sport menggunakan komponen yang diperbuat daripada kaca di konsol tengah. Selain sistem bunyi keliling Harman Kardon, BMW Live Cockpit Professional dan stereng M dibalut kulit. Kemasan kayu berwarna hitam juga membuatkan ruang itu lebih mewah. 

Penumpang pasti menikmati upholsteri kulit tulen Vernasca yang ditawarkan dalam tiga warna iaitu Vernasca Cognac, Vernasca Coffee dan Vernasca Black. 

SAV premium pemasangan tempatan juga dilengkapi fungsi Bantuan Memandu dengan Kawalan Luncur Aktif, ciri Start/Stop, Parking Assistant Plus dan kamera 360 darjah. 

BMW X7 xDrive40i M Sport hadir dalam warna istimewa kelabu, selain pilihan warna hitam, putih dan hijau. 

Meneerusi pelan pembiayaan yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, BMW X7 xDrive40i M Sport  boleh dimiliki dengan ansuran bulanan bermula RM8,800 (berdasarkan anggaran pinjaman 80 peratus bagi tempoh lima tahun).

Pemilik BMW X7 xDrive40i M Sport akan menikmati pengalaman pemilikan premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia meliputi:

  • Waranti tanpa had perbatuan selama 5 tahun oleh BMW dan program servis berjadual percuma
  • Bantuan tepi jalan dan talian kemalangan BMW
  • Aplikasi mudah alih BMW Group Loyalty+ dan kad keistimewaan BMW
  • Servis dalam talian BMW

BMW X7 xDrive40i M Sport ditawarkan pada harga RM728,800 seunit (tidak termasuk insurans).

GALERI

Google ads
Back to top button