
HYUNDAI DAN KIA TERPAKSA SEDIAKAN PERUNTUKAN RM9.4 BILION, SELESAIKAN MASALAH ENJIN THETA GDI
Hyundai Motor Co dan Kia Corp terpaksa menyediakan peruntukan berjumlah AS$2 bilion (RM9.4 bilion) daripada pendapatan suku ketiga mereka kerana masalah berkaitan enjin Theta GDI.
Hyundai akan mengetepikan AS$9.1 bilion (RM43 bilion), manakala peruntukan kos untuk Kia pula ialah AS$10.7 bilion (RM50.5 bilion), kata syarikat itu. Angka tersebut menyumbang 44 peratus dan 66 peratus daripada anggaran keuntungan operasi mereka pada suku ketiga.
Hyundai dan Kia memanggil semula sebanyak 1.2 juta kenderaan di Amerika Syarikat pada 2017 kerana masalah enjin yang didakwa rosak dan boleh menyebabkannya terbakar.

Hyundai berkata dalam satu kenyataan memberitahu jumlah pemilik kereta yang menuntut penggantian enjin Theta adalah lebih tinggi daripada jangkaan sejak 2020. Keadaan diburukkan lagi dengan orang ramai mungkin menangguhkan pembelian kereta baharu semasa wabak, selain masalah rantaian bekalan dan matawang won Korea berada pada tahap sangat lemah.
Selepas proses recall berkenaan, Hyundai dan Kia menawarkan jaminan enjin seumur hidup yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Ia dilihat sebagai sebahagian daripada usaha untuk memperbaiki reputasi mereka yang tercalar.
Kos tambahan diperuntukkan bagi memastikan peningkatan kualiti dan keselamatan kenderaan, kata syarikat itu. Mereka juga komited untuk memulihkan kepercayaan pengguna.
- BACA: HYUNDAI IONIQ 5 DINOBAT WORLD CAR OF THE YEAR 2022. KALAHKAN MUSTANG MACH-E DAN KIA EV6.
- BACA: MUSTANG MACH-E, HYUNDAI IONIQ 5 DAN KIA EV6 FINALIS KERETA TERBAIK DUNIA
- BACA: HAMPIR 500K PEMILIK HYUNDAI DAN KIA DI AMERIKA DINASIHAT PARKIR DI LUAR RUMAH. TERDEDAH RISIKO TERBAKAR
- BACA: SEGALANYA TENTANG TRANSMISI CVT HYUNDAI/KIA, INTELLIGENT VARIABLE TRANSMISSION.