Motosikal

DUCATI SCRAMBLER LANCAR VARIAN CAFE RACER & DESERT SLED – RM68,899 SEUNIT! 

Sabtu lalu di acara Art of Speed 2017, pengedar rasmi motosikal Ducati di Malaysia, Next Bike Sdn. Bhd. melancarkan dua varian baharu untuk model Ducati Scrambler iaitu Café Racer dan Desert Sled. 

“Jenama Ducati Scrambler telah menjadi satu platform terbaik untuk meneroka dunia ubah suai motosikal yang semakin berkembang di Malaysia,” kata Pengerusi Eksekutif Kumpulan Naza World Group of Companies, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin.

Tampil menarik, kreatif dan penuh semangat, Ducati Scrambler bukan sekadar sebuah motosikal. Ia satu jenama yang mampu mencetuskan kreativiti, ekspresi diri dan berkongsi emosi positif.

Selain varian Sixty2 yang menggunakan enjin bersesaran 400cc, varian Icon, Classic dan Full Throttle dikuasakan oleh enjin L-Twin Desmodromic 803cc. Ia mampu menjana 73hp pada 8,250rpm dan tork 67Nm pada 5,750rpm.

Ducati Scrambler Café Racer 

Ducati Scrambler Café Racer merupakan interpretasi Scrambler ke atas motosikal lagendari yang telah mencipta revolusi dalam dunia motosikal. Rekaan tangki minyak dengan panel boleh ditukar digabungkan bersama tempat duduk baharu.

Manakala bar hendal dengan cermin sisi yang dilekatkan di hujungnya merupakan gayaan jentera lumba pada tahun 1960-an. Jentera ini diserlahkan lagi dengan ekzos Termignoni bersama peredam berkembar, fairing pada lampu utama, pemegang plat nombor di bahagian tepi dan rim aluminium bersaiz 17 inci yang dibalut tayar Pirelli DiabloTM Rosso II baharu.

Ducati Scrambler Cafe Racer ditawarkan pada harga RM68,899 (termasuk GST).

Ducati Scrambler Desert Sled 

Ducati Scrambler Desert Sled mula memasuki pasaran Amerika Syarikat dalam versi Enduro pada tahun 1960 dan 1970-an.

Diinspirasikan daripada motosikal off-road, nama Desert Sled itu merujuk kepada motosikal standard dengan enjin 500cc yang telah diubah suai untuk kegunaan di padang pasir di California. Ia dipasang dengan tayar lebar, suspensi lebih lasak dan pelindung enjin.

Karekter off-road yang kuat membuatkan Desert Sled hadir dengan posisi tunggangan lebih tinggi, kerangka tegar dan suspensi boleh ubah sepenuhnya. Lampu utama dengan gayaan tersendiri, tayar Pirelli ScorpionTM Rally STR dan rim bersaiz 19 inci di depan dan 17 inci (belakang) jelas membuatkan penampilannya semakin bergaya.

Ducati Scrambler Desert Sled ditawarkan pada harga RM68,899 (termasuk GST).

Senarai pengedar sah Ducati: 

DUCATI PJ – Lot 1, Jalan 51A/221, 46100 Petaling Jaya, Selangor.

DUCATI SG.BULOH – No. 2137, Jalan 3/1, Batu 13 1/2, Bandar Baru SG. Buloh, 47000 SG. Buloh, Selangor.

DUCATI PENANG – No 26, Jalan Dato Keramat, 10150 George Town, Pulau Pinang.

DUCATI JOHOR – 397A, Jalan Tebrau, Taman Majidee, 80250 Johor Bahru, Johor.

DUCATI KELANTAN – PT28, Kg. Chicha, 16100 Kota Bharu, Kelantan (akan dibuka tidak lama lagi).

GALERI

Google ads
Back to top button