Buletin

BMW WORLD MALAYSIA

SHARE
Toyo Tyre – Mrec – Desktop

Tidak tahu apa hendak dibuat untuk menghabiskan masa hujung minggu ini? Apa kata anda pergi ke Bukit Kiara Indoor Arena, Bukit Kiara TTDI, Kuala Lumpur untuk mengunjungi BMW World Malaysia. 

TRP - BMW i8 (1)

Berlangsung dari  Jumaat lalu hingga esok (17 – 19 April 2015), hanya anda BMW World Malaysia merupakan pameran produk BMW, MINI dan BMW Motorrad paling besar dalam negara setakat ini.

Toyo Tyre – Leaderboard – Desktop

Julung-julung kali diadakan,  pameran berlangsung selama tiga hari itu menampilkan enam model baharu daripada tiga jenama terbabit. Tidak ketinggalan, beberapa model konsep yang pertama kali dipertontonkan di Asia turut dipamerkan untuk tatapan umum.

SONY DSC

Julung-julung kali diadakan, BMW World Malaysia bukan sekadar pameran biasa. Malah ia menjadi salah satu platform buat BMW Group Malaysia melaksanakan tanggungjawab korporat sosialnya.

Ini kerana tiket masuk RM18 yang dikenakan itu bakal disalurkan kepada rumah kebajikan Agathians Shelter. Jadi, sambil melihat melihat secara dekat model-model terbaik keluaran BMW Group, anda juga sebenarnya membuat amal.

BMW-World-Malaysia-mekanika (11)

Apakah model baharu yang dipamerkan? Ia merangkumi model BMW 2 Series Active Tourer, BMW X6 dan pertama kali di Malaysia, BMW i8 serba baharu. MINI memperkenalkan MINI John Cooper Works, MINI Cooper 5 pintu dan MINI Cooper Countryman baharu yang dipasang tempatan.

BMW-World-Malaysia-mekanika (4)

Sementara BMW Motorrad pula mengetengahkan model BMW S 1000 RR dan BMW R 1200 R baharu. Apa yang pasti, BMW World Malaysia mempamerkan pelbagai inovasi terkini BMW Group dari segi reka bentuk dan teknologi. Ia boleh dilihat melalui BMW 328 Hommage serta motosikal BMW Concept Roadster.

 BMW-World-Malaysia-mekanika (16)

“Kami di BMW sentiasa percaya tentang perlunya mencipta pengalaman menyeluruh yang tidak dapat dilupakan oleh para pelanggan. Jadi kami ingin melakukannya menerusi satu ruang yang menyampaikan intipati jenama yang kami bawa.

“Kami harap dengan pameran BMW World Malaysia, para pelanggan akan dapat merasai pengalaman jenama yang unik,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Alan Harris.

 BMW-World-Malaysia-mekanika (6)

Menurut Harris lagi, penganjuran BMW World di Malaysia telah menetapkan satu standard baharu dalam industri automotif negara. Pameran ini dilihat akan terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju jenama kenderaan premium di Malaysia.

“Dalam tiga bulan pertama tahun 2015, kami di BMW Group Malaysia telah menyerahkan sebanyak 1,729 kenderaan BMW, MINI dan Motorrad kepada pelanggan. Prestasi ini nyata selari dengan apa yang kami lihat pada industri automotif Malaysia berikutan spekulasi ke atas harga kenderaan selepas pelaksanaan GST.

 BMW-World-Malaysia-mekanika (8)

“Memandangkan kita terus melangkah ke tahun 2015, kami harap para pembeli kereta kini mempunyai keputusan yang lebih jelas ketika hendak memilih sama ada untuk membeli BMW, MINI atau  Motorrad,” kata Harris.

BMW Group Malaysia turut mengumumkan bahawa pihaknya telah menyemak semula harga semua kenderaan keluarannya. Hasilnya, harga model BMW dan MINI turun sehingga 1.9%.

 BMW-World-Malaysia-mekanika (2)

Manakala harga BMW Motorrad pula turun sehingga 18%.  BMW Group Malaysia menyatakan manfaat yang diperoleh daripada pelaksanaan GST itu akan diberikan kepada para pelanggannya.

Harga anggaran (di atas jalan, tidak termasuk insurans, dengan BMW Service + Repair Inclusive (BS+RI) ) untuk kenderaan berikut adalah:

 BMW-World-Malaysia-mekanika (12)

BMW 218i Active Tourer                              –           RM 218,800

BMW 218i Active Tourer Luxury line        –           RM 248,800

BMW X6 xDrive35i                                     –           RM 718,800

BMW i8                                                          –           RM 1,188,800

(HargaBMW i8 termasuk BMWi wallbox.)

 BMW-World-Malaysia-mekanika (15)

Harga anggaran uuntuk model MINI (di atas jalan, tidak termasuk insurans, dengan MINI Service Inclusive):

MINI John Cooper Works                           –           RM 288,888

MINI Cooper 5-Door                                    –           RM 188,888

MINI Cooper Countryman                          –           RM 198,888

 BMW-World-Malaysia-mekanika (3)

Harga anggaran model BMW Motorrad (di atas jalan, tidak termasuk insurans) adalah:

BMW S 1000 RR                         –           RM 108,900

BMW R 1200 R                            –           RM 91,900

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button