Buletin

MYVI: PALING BERNILAI UNTUK WANG

Perodua Myvi dinobatkan sebagai kereta paling bernilai untuk wang (kategori 1.3 liter ke atas) dalam majlis Anugerah Kecemerlangan Frost & Sullivan Malaysia.

Perodua-Myvi-Frost-Sullivan-mekanika (1)

Model kompak itu dipilih berdasarkan kepada penilaian kuantitatif yng merangkumi volum jualan pada tahun 2014, harga jualan, kos alat ganti, penggunaan bahan api serta kos keseluruhan pemilikan selama lima tahun atau perbatuan mencecah 100,000km.

“Anugerah ini adalah bukti komitmen Perodua Myvi dan Perodua untuk memberikan yang terbaik dari segi kualiti binaan dan nilai.

MYVI: PALING BERNILAI UNTUK WANG

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Frost & Sullivan  atas pengiktirafan ini dan para pelanggan yang menjadikan Perodua Myvi sebagai model terlaris selama sembilan tahun berturut-turut,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Sejak dilancarkan pada tahun 2005, lebih 830,000 unit Myvi telah terjual di Malaysia.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button