Buletin

BMW X6 CKD DILANCARKAN – RM666,888

BMW Group Malaysia hari ini memperkenalkan BMW X6 pemasangan tempatan (CKD)  yang baru dalam bentuk BMW X6 xDrive35i M Sport.

BMW-X6-CKD-mekanika (3)

Jentera Sports Activity Coupé (SAC) CKD premium itu berharga RM666,888 iaitu kurang RM52,000 berbanding model CBU(RM719,000) sebelum ini.

“Malaysia terus menjadi hab strategik untuk BMW Group di Asia Tenggara. Selain pemasangan BMW X6 baharu di negara ini, kami juga meraikan majlis pecah tanah Pusat Pengedaran Alat Ganti serantau yang baru di Zon Perdagangan Bebas di Lapangan Antarabangsa Senai, Johor serta pengembangan ibu pejabat kami di Cyberjaya, selari dengan sambutan 11 tahun kami beroperasi di sini,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia.

BMW-X6-CKD-mekanika (12)

Sehingga Ogos lalu, BMW Group Malaysia telah menyerahkan sebanyak 5,610 unit kenderaan ke seluruh negara. Ia melibatkan 4,475 unit BMW, 481 MINI dan 654 motosikal BMW Motorrad.

BMW X6 pemasangan tempatan baharu membawakan reka bentuk ekstrovert yang menggabungkan karekter versatil model-model BMW X dengan BMW coupé yang sporty.

BMW-X6-CKD-mekanika (8)

Jika dilihat dari arah hadapan, model SAC ini didominasi oleh gril kidney yang lebar sehingga ke lampu utama Adaptive LED serta lampu kabus LED. Kedua-dua lampu itu hadir sebagai ciri standard.

Tipikal sebuah model SAC dengan gaya coupé yang elegan, ia mempunyai garis bumbung yang rata.  Pakej M Sport yang dipasang sebagai ciri standard terdiri daripada pakej M Aerodynamics dan Suspensi Adaptive M. Ia juga hadir bersama rim aloi ringan jejari berkembar M bersaiz 20 inci.

BMW-X6-CKD-mekanika (5)

Ruang dalaman BMW X6 CKD dilihat benar-benar menjelaskan peranan luar biasa jentera ini dalam segmen SAC premium. Dengan warna kabin yang istimewa, kemasan eksklusif dan upsholteri kulit Dakota, SAC baharu ini sememangnya direka untuk pemandu.

Jentera ini dipacu oleh enjin petrol enam silinder bersesaran tiga liter yang memiliki semua ciri BMW EfficientDynamics. Ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 306hp dan tork 400Nm.

BMW-X6-CKD-mekanika (18)

Pecutan dari 0 ke 100km/j dapat dilakukan dalam masa hanya 6.4 saat dengan kelajuan maksimum 240 km/j. Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi sport Steptronic lapan kelajuan. BMW X6 xDrive35i M Sport CKD berupaya mencatat purata penggunaan bahan api 8.6l/100km dan emisi CO2 200g/km.

BMW X6 xDrive35i M Sport CKD didatangkan dalam warna putih, merah, hitam, dan kelabu bersama pilihan warna upholsteri kulit Dakota seperti hitam, merah serta coklat.

GALERI

BMW-X6-CKD-mekanika (1)BMW-X6-CKD-mekanika (4)BMW-X6-CKD-mekanika (6)BMW-X6-CKD-mekanika (7)BMW-X6-CKD-mekanika (10)BMW-X6-CKD-mekanika (11)BMW-X6-CKD-mekanika (13)BMW-X6-CKD-mekanika (15)BMW-X6-CKD-mekanika (16)

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button