Buletin

HONDA PROJECT 2&4

Diinspirasikan daripada jentera lumba lagenda RA272,Honda baru-baru ini mendedahkan model untuk kegunaan jalan raya dan litar yang dikenali sebagai Honda Project 2&4.

Honda-Project-2&4-mekanika (2)Honda Project 2&4 dijana oleh enjin V4 empat lejang bersesaran 999cc, enjin sama yang digunakan pada jentera MotoGP RC213V. Ia mampu menghasilkan kuasa mencecah 215PS dan 118Nm  tork . Dengan rev maksimum 14,000 enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear klac berkembar enam kelajuan.

Jentera tersebut merupakan pemenang pertandingan Projek Reka Bentuk Global Honda. Ia bakal dipertontonkan kepada umum pada acara Frankfurt Motor Show 2015.

Honda Project 2&4 menggabungkan aspek kebebasan sebuah motosikal dengan pengendalian sebuah kereta.

Honda-Project-2&4-mekanika (1)

Rekaan model yang tampil dengan tempat duduk seperti terapung itu dihasilkan oleh studio reka bentuk Honda di Osaka dan Wako. Strukturnya mempunyai kerangka dan fungsi alat ganti seperti kereta.

Panjang keseluruhan Honda Project 2&4 ialah  3,040 mm, lebar 1,820mm dan tinggi 995mm. Dengan berat hanya 405kg, model ini pasti dapat memanfaatkan sepenuhnya kuasa enjin yang diletak pada tengah-tengah kerangka.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button