Buletin

ETCM SERAH 245 UNIT NAVARA KEPADA MAYFLOWER

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) baru-baru ini telah berjaya memuktamadkan perjanjian dengan Mayflower Car Rental (MCR) melibatkan pembelian 245 unit Nissan Navara.

ETCM-Mayflower-mekanika (2)

Penjanjian itu diraikan menerusi satu majlis penyerahan kunci yang diadakan di antara ETCM, diwakili oleh Pengarah Eksekutifnya, Dato’ Dr Ang Bon Beng dan Ketua Mayflower Car Rental, Chin Ten Hoy.

MCR merupakan perintis dalam industri sewa kereta dan salah satu daripada pemilik pengangkutan sewa yang terbesar di Malaysia.

Menurut Dato’ Dr Ang Bon Beng, MCR terus menjadi pelanggan kereta sewa dan penyokong ETCM. Ia menggunakan kenderaan Nissan dalam perniagaan utamanya iaitu operasi sewa kereta.

ETCM-Mayflower-mekanika (5)

“Sebagai rakan strategik dan pelanggan kenderaan pengangkutan terbesar ETCM, kami akan terus mendapatkan kenderaan Nissan untuk perniagaan kami yang terus berkembang seperti sewaan kereta, koc dan van, di samping perkhidmatan pajakan dan pemandu.

“Kami kini memiliki 3,000 unit kenderaan yang merangkumi koc-koc mewah berhawa dingin, van-van pelancongan, kereta, limosin dan satu rangkaian pejabat operasi di seluruh negara. Pada tahun 2014 sahaja, Mayflower Car Rental telah membeli 1,007 unit kenderaan Nissan daripada ETCM,” kata Chin.

Sehingga kini, ETCM telah menyerahkan 85 unit kenderaan kepada MCR. Baki 160 unit lagi bakal diserahkan secara berperingkat-peringkat dalam beberapa bulan akan datang.

ETCM-Mayflower-mekanika (4)

Nissan Navara memang dikenali sebagai antara trak pikap terbaik dalam kelasnya. Reka bentuk yang menarik perhatian, digabungkan bersama prestasi dinamik dan keselesaan telah menjadikannya model popular dalam kalangan peminat jentera 4×4 di Malaysia sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2008.

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button