Artikel Pilihan

BOLEHKAH BERBUKA JIKA BERMUSAFIR?

Selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia buat pembaca Mekanika yang beragama Islam sekalian. Penulis ingin mengajak pembaca agar melafazkan rasa syukur atas kurniaan Allah yang mengizinkan kita untuk terus hidup dan beribadat di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini. Ramadhan kareem ni satu bulan dimana Ummat Islam berpuasa menahan diri dari makan minum dan perkara perkara yg membatalkan puasa.

Beberapa tahun lepas ketika penulis pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, penulis telah terserempak dengan sebuah kereta dengan no pendaftaran negeri Pulau Pinang di laluan Grik-Jeli. Pada hemat penulis sudah pasti pemandu tersebut pulang dari kerja syif malam, bersahur, mengambil keluarga dan terus memandu pulang ke kampung. Perjalanan mungkin akan mengambil masa sekitar 7 jam pada hari biasa atau mencecah 10 jam ketika musim perayaan.

Namun setelah beberapa waktu ketika memandu di belakang kereta tersebut penulis mendapati bahawa pemandu tersebut merokok dengan asap berkepul kepul sekitar jam 11 pagi. Penulis tertanya-tanya kenapa pemandu tersebut tidak boleh berpuasa sedangkan penulis (baru berusia 30 tahun ketika itu) boleh berpuasa dan memandu jarak jauh.

Sekitar jam 1 penulis sampai ke kampung halaman dan berehat. Ketika inilah satu kemalangan terjadi di mana sebuah kereta Proton Wira yang dinaiki sebuah keluarga terbabas dan melanggar sebatang pokok yang berada di tepi jalan sehingga terbalik. Alhmadulillah walaupun kereta Proton Wira tersebut dikira “total lost” namun kecederaan pemandu dan penumpang tidak teruk.

gambar dari Facebook Mufti Wilayah Persekutuan

Penulis berpandangan keletihan fizikal akibat memandu jarak jauh, waktu kerja syif malam dan juga pemandu yang berpuasa menyebabkan ramai pemandu terlelap seketika ataupun istilahnya “micro sleep”. Penulis mengajukan pertanyaan “adakah orang bermusafir dibenarkan berbuka” pada seorang sahabat penulis iaitu Ustaz Adam Lawrence. Ikuti kupasan Ustaz Adam di bawah.

Antara Keindahan Islam

———————————————————————————————————

Ramadhan kareem ini satu bulan dimana Ummat Islam berpuasa menahan diri dari makan minum dan perkara perkara yang membatalkan puasa.

Namun sedemikian terdapat berberapa perkara yg MENGHARUSKAN BERBUKA PUASA bahkan Wajib sekiranya berkait kepada kesihatan. Misalnya seorang ibu yg mengandung dengan NASIHAT Pakar-Pakar Perubatan, nyawa anak dia dan dia akan bahaya jika berpuasa. Maka hukumnya wajib dia berbuka. Atau dia seorang tua yang tidak mampu berpuasa kerana mengambil ubat yg mesti diambil atas nasihat doktor.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain.”

(Surah al-Baqarah, ayat 185)

Jika berbuka kerana Musafir jauh yakni melebihi 80km-85km(anggaran sahaja), hendaklah sebab musafir itu kerana suatu perkara mubah, bukan maksiat ataupun menolong suatu perbuatan maksiat dan hendaklah musafir itu berlaku atau bermula sebelum terbitnya fajar sadiq.

Dan telah sabit dalam hadith syeikhan, diriwayatkan dalam kitab hadith berberapa hal keadaan puasa Nabi Shallallahu alaihi wasallam. Antaranya, daripada Abu Darda’ Radhiyallahu anhu, beliau berkata yang bermaksud: “Kami keluar bersama Nabi Shallallahu alaihi wasallam dalam salah satu permusafiran Baginda, pada suatu hari yang panas, sehingga seorang lelaki meletakkan tangan atas kepalanya kerana terlalu panas.

Dalam kalangan kami tidak ada seorang pun yang berpuasa melainkan Nabi Shallallahu alaihi wasallam dan Ibn Rawahah.”

(Riwayat Bukhari – 1945 dan Muslim – 1122)

Ada berberapa kes saya pernah baca kemalangan maut berlaku apabila pemandu mengantuk kerana berpuasa. Kemudian nya berlaku “micro sleep”. Sedangkan dia membawa keluarganya sekali maka dia hendaklah mengambil jalan paling sesuai dan betul dengan berbuka puasa dan GANTI pada hari lain. Nyawa ni satu anugerah. Tulisan ini juga terbuka kepada pemandu bas, kapal terbang dan sebagainya yang sekiranya dia merasa TIDAK MAMPU utk menahan diri atau tidak dapat cukup rehat kerana ada puluhan nyawa yg dibawah tanggungan dia semasa membawa kenderaan.

Gambar yg saya sertakan dibawah adalah antara kemalangan di bulan puasa masa balik kampung (berlaku di daerah Besut, Terengganu.) Nasib baik sekeluarga selamat cuma kereta total lost.

Puasa boleh diganti, namun nyawa ini satu sahaja. Jika berlaku kemalangan sangat teruk akibatnya wa nauzubillah. Jadi kepada semua pemandu kenderaan diluar sana. Bertindak bijaklah menjaga keselamatan mendahulukan maqasid syariah yakni menjaga nyawa, harta dan nasab dari kecelakaan.

Jika anda mampu maka berpuasa lebih afdhal dari berbuka puasa.

Selamat menunaikan ibadah puasa semoga taqwa itu milik hati semua mukmin.

————————————————————————————————————

Selepas membaca penerangan Ustaz Adam, memang ada kelonggaran yang diberikan pada umat islam yang bermusafir untuk berbuka berpuasa dan menggantikan puasa pada hari yang lain. Satu lagi yang penulis perasan ialah semakin meningkat usia semakin mudah penulis untuk terdedah pada microsleep atau mengantuk ketika memandu. Microsleep ni bahasa mudahnya terlelap beberapa saat. Tapi dalam beberapa saat itulah input dari mata telinga dan segala deria gagal diproses dan ditafsirkan lalu anggota badan gagal bertindak mengikut situasi.

Secara jujurnya saya pernah terkena dengan situasi ini apabila terlalu mengantuk tapi masa kejadian mata terbuka luas macam zombi. Tangan pegang steering, kaki tekan pedal minyak, tapi rasa mimpi. Tak boleh fikir dengan jelas.

Pengeluar kereta sedar akan masalah ini dan memperkenalkan Lane Departure Warning System LDWS dan Driver Attention Alert adalah antara sistem yang boleh diwajibkan pada masa depan bagi tujuan keselamatan. Sistem LDWS akan memberi amaran sekiranya pemandu menukar haluan dari lorong tanpa signal melalui amaran bunyi dan getaran. Driver Attention Monitor pula mengesan dan memberi amaran sekiranya didapati pemandu gagal memberi respon terhadap kereta dana amaran diberikan melalui getaran pada steering dan bunyi

Dalam kejadian 4 tahun lepas (raya 2015) , sebuah Proton Wira terbabas dan melanggar pokok tepi jalan dekat dengan rumah penulis. Tiada langsung “tyre marking” yang atas jalan yang menunjukkan driver langsung tidak membrek.

Kereta tersebut total lost dan chassis bengkok. Pemandu tersebut mengaku tertidur semasa memandu, walaupun baru berhenti rehat setengah jam yang lepas. Pemandu menerangkan yang dia terus memandu pulang selama 10 jam sebaik sahaja habis bekerja shift malam. Mujur masa kejadian kemalangan isteri dia tidur bersila kaki, mengelakkan kaki isteri dia tersepit semasa impak kemalangan

Jadi untuk mengelakkan keletihan dan kemalangan terdapat 2 pilihan pada pembaca samaada tidur dengan secukupnya jika mengantuk atau berbuka puasa. Namun jika mampu adalah lebih baik untuk terus berpuasa.

Nota: Ustaz Adam Lawrence aktif dalam usaha dakwah di Kawasan luar bandar. Boleh lihat hantaran asal beliau di sini

Tags
Google ads
Back to top button