Buletin

BRIDGESTONE PERKENAL PROGRAM JAMINAN TUKAR TAYAR SECARA PERCUMA

Bridgestone Tyre Sales (Malaysia) Sdn. Bhd. baru-baru ini melancarkan satu program jaminan yang dikenali sebagai Bridgestone Hazard Warranty Programme (HWP). 

Program jaminan tayar itu menawarkan penggantian tayar secara percuma ke atas tayar Bridgestone yang rosak akibat jalan rosak (tertakluk kepada terma dan syarat).  

Diumumkan sewaktu acara Persidangan Pengedar Bridgestone, HWP yang berkuat-kuasa mulai 1 April 2019 itu melibatkan semua tayar kereta penumpang, MPV, SUV dan tayar 4×4 bersaiz 17 inci ke atas yang diedar oleh Bridgestone Tyre Sales (Malaysia). 

Tayar itu juga hendaklah dibeli daripada pengedar Bridgestone yang mengambil bahagian di seluruh Semenanjung Malaysia. Tayar kategori All-Terrain (A/T) & Mud-Terrain (M/T) tidak termasuk dalam program ini. 

“Bridgestone Hazard Warranty Programme merupakan satu nilai tambah daripada jaminan standard sedia ada. HWP menawarkan penukaran 1-bagi-1 tayar tanpa sebarang caj ke atas tayar yang rosak dan tidak lagi boleh dibaiki akibat keadaan jalan yang teruk,” kata Pengarah Urusan Bridgestone Tyre Sales (Malaysia), Yuichiro Shirai.

Lebih 200 pengedar Bridgestone mengambil bahagian dalam program ini, sekali gus membolehkan pengeluar tayar tersebut menawarkan program kepada pelanggan di seluruh Semenanjung Malaysia. HWP pasti dapat memberi ketenangan minda kepada pengguna.

Bagi memberi kemudahan kepada pelanggan untuk menikmati perlindungan HWP, pendaftaran pembelian tayat akan dibuat secara dalam talian  https://warranty.bridgestonetyre.com.my. Pendaftaran mestilah dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh invois dan jaminan HWP sah selama enam bulan. 

Maklumat lanjut mengenai HWP, sila layari laman web: https://www.bridgestonetyre.com.my/en/customer-care/hazard-warranty-programme

Google ads
Back to top button