Artikel PilihanBuletin

BOSAN DENGAN BANJIR KILAT, LELAKI INI UBAHSUAI KERETA JADI AMFIBIA

Ini adalah hasil inovasi gila seorang lelaki dari wilayah Zhenzi. Xiong Jian memuatnaik video yang memperlihatkan kereta biasa telah diubahsuai menjadi amfibia. Ia mampu bergerak di dalam sungai dan ia memang diuji dalam sungai Zhenzi di wilayah tengah, China.

Idea ini tiimbul bila terpaks melawan bencana alam yang melanda setiap tahun pada musim monsun. DI wilayah tersebut sering berlaku banjir dari sungai yang melimpah. Ia menyukarkan kehidupannya dan Xiong Jian telah mendapat idea untuk mencipta sebuah kereta yang boleh bergerak dalam air dan juga di darat.

BACA: LOTUS EVORA, INSPIRASI KAPAL SELAM JAMES BOND

BACA: BUGATTI PERKENAL KAPAL MEWAH NINEETTE 66

Kenderaan ini dibina menggunakan dua buah kereta yang dicantumkan bersama-sama komponen dari sebuah bas kecil. Ujikaji yang dibuat hanyalah sekadar hobi, cuba dan salah (try & error) dan beberapa penyesuaian telah dibuat bagi membolehkan terapung dalam air.

“Pada awalnya, kedudukan enjin ialah di hadapan, tapi kerana berat yang tak sekata dan selalu masuk air, saya pindahkan ke belakang,” ujarnya

Kenderaan ini mampu membawa empat orang penumpang dalam satu-satu masa dan di dalam air, ia mampu bergerak sehingga 32km/j. Matlamat Xiong Jian kini ialah meningkatkan kelajuan dalam air sehingga 40km/j.

Apa yang lebih menarik lagi, kereta ini masih boleh digunakan sebagai kereta biasa di atas jalan raya. Sebenarnya, idea begini boleh jadi ilham pada kita juga. Banjir tiap-tiap tahun dan bayangkan sebuah bot amfibia dari Nissan Vanette misalnya. Banyak pahala bantu orang pindah rumah nanti.

Nah, sila tonton video di bawah;

 

 

 

 

Tags
Google ads
Back to top button