Artikel PilihanBuletin

BOT LAJU RARE LAMBORGHINI – GUNA 2 ENJIN LAMBO V12, BERTAHUN TERSOROK

Apabila bercakap tentang orang kaya, biasanya kita akan menyebut mengenai harta serta koleksi yang mereka ada. Rumah, tanah, syarikat, wang atau kerja-kerja kebajikan yang pernah dilakukan.

Tetapi apabila dikhususkan pada orang kaya barat, koleksi harta benda lain seperti jet peribadi, kapal layar dan kapal pesiar pula yang menjadi tumpuan.

Ini pula tentang koleksi peribadi legenda dunia automotif. Harta berharga tersebut ialah Riva Aquarama Lamborghini, bot laju yang seperti namanya, tidak lain tidak bukan dimiliki oleh Ferrucio Lamborghini.

Ia telah dibina 49 tahun lalu dan katanya sudah bertahun-tahun ia tersorok di bawah plastik tarpaulin di pengkalan bot dan terhindar dari pandangan ramai.

Peminat bidang ini sememangnya sedar tentang kewujudan Riva Aquarama tetapi tidak tahu di mana ia tersimpan selepas pemiliknya meninggal dunia pada tahun 1993.

Namun lokasinya berjaya dijejaki oleh seorang pengumpul bot laju tersorok di Itali dan beliau telah membelinya. Kemudian bot tersebut dihantar ke Riva World iaitu syarikat pakar yang terkenal dalam membaik pulih bot kayu seumpamanya.

Selepas tiga tahun, kerja-kerja baik pulih Aquarama Lamborghini akhirnya siap pada 2013. Kerja yang dilakukan oleh Riva World itu tidak mudah.

Pemilik syarikat tersebut iaitu Sandro Zani telah berulang-alik ke Itali selama tiga tahun termasuk lawatan demi lawatan ke Muzium Ferrucio Lamborghini untuk menghimpunkan segala elemen dan perincian bagi menyiapkan bot laju istimewa ini.

Dua buah enjin V12

Projek ini mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan sepenuhnya. Bahagian kayu telah dibaiki dan dibaik pulih sehingga 25 lapisan cat dikenakan.

Interior kayu turut dibaik manakala kerusi pula dibalut semula dengan rekaan terkenal bot Riva. Kesemua suis dan butang ditanggalkan, dibaiki dan dipasang semula manakala bahagian krom dikilatkan seperti baharu.

Dan untuk menggerakkan bot ini, dua buah enjin V12 dari model pertama Lamborghini iaitu 350 GT dipasangkan.

Tetapi di sebalik itu, satu dari enjin asal bot ini sebenarnya sudah berada di atas darat dan dipamerkan di Muzium Ferrucio Lamborghini. Menariknya ia bukan untuk dijual kepada sesiapa.

Oleh itu, untuk menyiapkan juga, Riva World telah membeli dua enjin dengan satu unit diperolehi dari Amerika Syarikat. Mereka telah mengubah suai enjin tersebut supaya sesuai untuk digunakan pada bot ini. 

Walaupun enjin asal bot tidak dijual, Muzium Ferrucio Lamborghini tetap membantu dengan membenarkan ia dibuka dan menghasilkan semula peralatan asal berdasarkan enjin asli tersebut.

Selain itu, kerja-kerja enjin turut dibantu oleh Lino Morosini yang 49 tahun lepas mengetuai divisyen enjin Riva dan juga pembuat Aquarama Lamborghini. 

Bob Wallace

Kerja baik pulih bot turut dibantu oleh mendiang Bob Wallace yang merupakan mantan pemandu uji dan pembangun Lamborghini. Beliau memberikan input bagi memastikan kedua-dua enjin Lamborghini tersebut sesuai untuk digunakan di atas air.

Hasilnya ialah dua buah enjin Lamborghini 4.0 V12 dengan bunyi yang indah. Setiap satu enjin berkuasa 350hp dengan enam karburator berkembar atau 12 buah secara total. Kelajuan bot ini boleh mencecah 48 knot.

Diiktiraf oleh pakar – Carlos Riva

Selepas beberapa ujian di Belanda, bot ini telah dibawa ke tasik Lago di Itali di bawah pengawasan Carlos Riva iaitu legenda dalam bidang bot laju kayu. Beliau juga adalah individu yang diberi tanggung jawab oleh Ferrucio Lamborghini untuk membina bot ini dalam masa tiga bulan sahaja pada tahun 1968.

Hasil kerja keras dan ketelitian Riva World maka siaplah jelmaan semula bot Riva Aquarama Lamborghini. Dengan melihat gambar pun sudah terasa betapa kemas dan tinggi kualiti objek seni ini.

Sebuah bot kayu yang teliti buatannya dan dijana oleh dua enjin Lamborghini! Satu lagi projek yang dihasilkan oleh individu-individu hebat.

BACA: NEED FOR SPEED – LAMBORGHINI VENENO UNTUK DIJUAL USD 5.5 JUTA

[ngg_images source=”galleries” container_ids=”10″ display_type=”photocrati-nextgen_basic_thumbnails” override_thumbnail_settings=”1″ thumbnail_width=”100″ thumbnail_height=”80″ thumbnail_crop=”1″ images_per_page=”20″ number_of_columns=”5″ ajax_pagination=”0″ show_all_in_lightbox=”0″ use_imagebrowser_effect=”0″ show_slideshow_link=”0″ slideshow_link_text=”[Show slideshow]” order_by=”sortorder” order_direction=”ASC” returns=”included” maximum_entity_count=”5000″]
Google ads
Back to top button