Buletin

AKSESORI BAHARU UNTUK TOYOTA SIENTA & HILUX

UMW Toyota Motor baru-baru ini menawarkan rangkaian aksesori baharu untuk MPV Sienta dan trak pikap Hilux.

Aksesori tersebut merangkumi TRD aerokit untuk Hilux Double Cab (generasi sekarang), Tailgate Assist, serta Aerokit buat Sienta.

TRD Aerokit untuk Hilux ditawarkan pada harga RM4,800 (termasuk GST dan caj pemasangan). Ia melibatkan lima barangan iaitu gril hadapan, penutup bahagian bawah bampar hadapan, over fender, skid kaki dan tombol gear.

Tailgate Assist dibangunkan hasil maklum balas pelanggan yang mahu ruang belakang dapat dibuka dan ditutup dengan lebih mudah. Pasukan jurutera telah mereka spring/peredam tambahan yang boleh mengurangkan berat pintu belakang sehingga 85 peratus.

Peredam itu mengawal kelajuan bukaan supaya pintu belakang tidak jatuh begitu sahaja. Berharga RM985 (termasuk GST), Tailgate Assist boleh dipasang pada Hilux sekarang dan semua varian Double Cab generasi sebelum ini (2005 – 2016). Pemasangan boleh dibuat di semua pusat servis Toyota.

Pemilik Hilux 2.8G juga diberi pilihan rim aloi TRD bersaiz 18 inci dan skru khas bersama harga tambahan.

Aerokit Sienta pula berharga RM2,950 yang terdiri daripada tiga alat ganti – spoiler bampar hadapan dan skirting sisi.

Semua aksesori ini direka khas oleh TRD Asia. Pelanggan Hilux dan Sienta sedia ada boleh membeli aksesori ini, sebelum dipasang oleh kakitangan terlatih.

PANDU UJI: TOYOTA SIENTA – MPV GAYA HIDUP MODEN

Turut ditawarkan ialah SmartTAG yang direka khas untuk kenderaan Toyota yang boleh sambungkan dengan bateri dan disimpan di konsol tengah. Peranti itu ditawarkan pada harga RM329. Apabila baki kad tinggal RM10 atau kurang, bunyi amaran akan diberikan.

Kos semua aksesori ini boleh dimasukkan ke dalam pinjaman untuk pembelian kereta baharu. Ia hadir dengan jaminan kilang dan pemasangan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km

Maklumat lanjut mengenai aksesori, sila kunjungi bilik pameran Toyota, layari laman web: toyota.com.my atau hubungi talian 1800-8-TOYOTA (869682).

Google ads
Back to top button