Buletin

BRABUS G65, RM3.2 JUTA – 900hp, CUMA ADA 10 UNIT

Ketika kita rasa para tuners sudah bosan dengan Mercedes G-Class, Brabus mengumumkan bahawa ia akan menghasilkan 10 unit G65 yang sangat garang ini.

G-Class memang terkenal dengan reka bentuk luaran yang berkotak-kotak. Seperti tidak cukup, Brabus menambah lagi elemen tersebut pada bahagian hadapannya.

Hasilnya, hud hadapan yang besar itu kelihatan seperti dek enjin untuk kereta kebal. Ia menyalurkan udara panas ke bahagian sisi dan menyedut lebih banyak udara menerusi sebuah gril yang ditambah di hadapannya.

Jentera itu menggunakan khidmat enjin V12 bersesaran enam liter yang mana hampir semua bahagian dalamannya ditukar. Dipasang dengan pengecas turbo dan sistem ekzos baharu, ia mampu menjana kuasa 900hp dan tork 1,500Nm.

Sebagai sebuah enjin V12 paling berkuasa di dunia, G65 itu mempunyai pecutan maksimmum 270Nm.

Dengan kuasa tersebut, SUV seberat 2.5 tan itu dapat memecut dari 0-100km/j seperti sebuah kereta sport, kurang 3.9 saat sahaja. Prestasi itu sebenarnya hanya menyamai model Audi RS5 Coupe.

Aspek pengendalian dimantapkan dengan suspensi khas talaan Brabus. Di samping penggunaan rim bersaiz 23 inci yang dibalut oleh tayar nipis Yokohama.

Ruang kabinnya tidaklah segarang bahagian luaran. Bahagian bumbung G65 diserlahkan dengan butiran seperti permata dan kulit berwarna hitam.

Brabus dilapor akan menawarkan G65 ini pada harga sekitar AS$800,000 (RM3.2 juta) seunit.

GALERI

Google ads
Back to top button