
BUANG MINYAK HITAM KE DALAM LONGKANG, BENGKEL DIARAH TUTUP SERTA-MERTA
Kedegilan seorang pemilik bengkel membaiki kenderaan di Taman Banting Baru, Kuala Langat Selangor yang tidak menjaga kebersihan termasuk membuang minyak hitam ke dalam longkang membawa padah apabila premis tersebut diarah tutup serta-merta semalam.
Arahan penutupan itu dibuat selepas Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) membuat pemeriksaan pada pukul 12 tengah hari terhadap bengkel diusahakan pemilik berusia 40an sejak tiga tahun lalu.
Pengarah Jabatan Korporat dan Pembangunan Masyarakat MPKL, Hishamuddin Ismail berkata, tahap kebersihan premis tersebut sebelum ini sering mendapat aduan. Malah ia telah diberi 14 notis kesalahan daripada pihak MPKL.
Setakat ini, semua notis kesalahan masih belum dijelaskan pemilik bengkel.
Premis berkenaan dibiarkan dalam keadaan kotor dan terdapat tumpahan minyak hitam di dalam longkang. Justeru, pemilk bengkel tersebut didapati tidak mengikuti arahan dan syarat-syarat lesen serta diarah tutup.
Menurut Hishamuddin, kes disiasat mengikut Udang-Undang Kecil 43(1), Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDKL) 2007.
“Premis diarah tutup sehingga pemilik bengkel mematuhi segala syarat yang telah ditetapkan oleh MPKL,” katanya. – K! ONLINE
- BACA: CORVETTE STINGRAY C8 RANAP JATUH PENGANGKAT HIDRAULIK DALAM BENGKEL
- BACA: GAGAL SAMAN BENGKEL, PEMILIK ASTON MARTIN DB9 DIARAH BAYAR RM1 JUTA KERANA CUBA MENIPU
- BACA: KEBAKARAN MISTERI MUSNAHKAN BENGKEL PENUH DENGAN NISSAN GT-R, MITSUBISHI EVO DI BELANDA
- BACA: BAWA ALAT GANTI SENDIRI KE BENGKEL – PATUT ATAU TIDAK ?