
SCRAMBLER DUCATI LANCAR DESERT SLED FASTHOUSE. TERHAD 800 UNIT, SIAP ADA KOLEKSI PAKAIAN
Scrambler Ducati semalam melancarkan model edisi terhad Desert Sled Fasthouse yang dihasil bagi meraikan kolaborasi di antara Ducati Scrambler dengan jenama pakaian dari Amerika Syarikat, Fasthouse.Â
Jentera berkenaan diperkenalkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ducati Amerika Utara, Jason Chinnock dan Pengasas Fasthouse, Kenny Alaxander di ibu pajabat Fasthouse di California. Model yang terhad kepada hanya 800 unit itu dijangka mula dipasarkan di Amerika tidak lama lagi.
Dibina di atas model Scrambler Desert Sled, motosikal bekenaan dibezakan menerusi livery istimewa yang meniru grafik yang digunakan oleh jentera dalam perlumbaan Mint 400.Â

Warna utama hitam dan kelabu digabungkan dengan corak geometri pada bahagian tangki. Kerangkanya pula diserlahkan menerusi warna merah bersama plat aluminium yang diukir dengan nombor siri. Manakala madgad hadapan dan belakang diwarnakan hitam.
Desert Sled Fasthouse dijana oleh enjin 803cc dan hadir dengan semua elemen model Desert Sled. Lengan ayun, triple clamps dan suspensi talaan khas memastikan ia boleh menjadi jentera terbaik untuk meredah laluan off-road.
Jaring yang dipasang pada lampu utama, madgad tinggi dan skid plate menyerlahkan lagi karekter lasak motosikal tersebut.Â

Posisi tunggangan boleh diubah suai. Terima kasih kepada pelana berketinggian 860mm, suspensi Kayaba boleh laras dan pad getah pada perehat kaki. Desert Sled Fasthouse menggunakan rim lidi berwarna hitam bersaiz 19 inci hadapan dan 17 inci di belakang.
Rim itu kemudian dibalut oleh tayat Pirelli Scorpion Rally STR yang menjanjikan prestasi terbaik di laluan off-road dan enduro.
Kerjasama di antara Scrambler Ducati dan Fasthouse disempurnakan lagi dengan satu koleksi pakaian. Koleksi berkenaan melibatkan kemeja-t lengan pendek, kemeja-t lengan panjang, jaket dan topi.
Semuanya dihasil menggunakan fabrik berkualiti tinggi dan boleh dibeli di semua saluran Fasthouse, pengedar Ducati serta kedai dalam talian Ducati bermula April. Â
- BACA: INILAH E-SCRAMBLER MAMPU MILIK DARI DUCATI – BERSYUKURLAH
- BACA: HONDA CT125 HUNTER CUB – KAPCAI JADI SCRAMBLER
- BACA: DUCATI MALAYSIA LANCAR SUPERLEGGERA V4. HARGA RM888,000!!!
- BACA: DUCATI MULTISTRADA V4 BAHARU, SIAP DENGAN RADAR!
GALERI