Buletin

BUDAK 15 TAHUN JUARA VIOS CHALLENGE TERENGGANU!

Perlumbaan kedua di Terengganu semalam menyaksikan pertempuran hebat pelumba berbakat dan ia juga mencatat beberapa keputusan luar jangkaan.

Remaja 15 tahun, Hayden Haikal menjuarai kelas Sporting sementara penyanyi Wany Hasrita dan Nabila Razali menjuarai podium bagi kelas Promotional.

Perlumbaan dua hari Toyota Gazoo Racing (TGR) Festival telah diadakan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin KUala Terengganu dengan perlumbaan utama Toyota Vios Challenge di litar buatan sepanjang 1.65km.

SPORTING CLASS

“Saya sangat gembira dengan kemenangan kerana di trek Kuala Terengganu yang sangat mencabar. Sejujurnya, saya tak suka trek ni sebab susah nak memotong tapi akhirnya saya dapat habiskan perlumbaan di tempat pertama,” ujar Hayden yang berjaya mendahului pelumba pasukan Hiewa Racing Team’s, Wong Chin Eeg dan pasukan Panglima City Racing Kenneth Koh.

Secara kebetulan, di Terengganu juga Hayden membuat penampilan sulungnya dalam kejuaraan Toyota Vios Challenge musim lepas. Bermula di petak ke sembilan dan beliau mengakhiri dengan kedudukan sama.

“Selepas memotong, saya cuba menjarakkan kedudukan dengan Wong dan terus fokus untuk tidak buat sebarang kesilapan, terutamanya di selekoh.

Wong yang memulakan perlumbaan di petak kedua berjaya menyusup mengemudi perlumbaan di kedudukan hadapan meninggalkan Hayden dan pelumba Kulim Topwheels Dato’ Kenneth Foo.

Wong mendahului sehingga lap ketujuh namun membuat kesilapan kecil yang membolehkan Hayden memintasnya.

“Hayden jauh lebih pantas dan beliau di belakang saya dan memintas,” ujar Wong.

PROMOTIONAL CLASS

Hujan yang turun pada sebelah petang menyebabkan kelas Promotional terpaksa ditunda 30 minit.

Keadaan litar yang basah bagaimanapun memberi kelebihan kepada Wany Hasrita yang berjaya mendapat kemenangan pertamanya. di tempat kedua ialah penyanyi Nabila Razali, juga merupakan kemenangan podium pertama diikuti pelakon Shukri Yahya di tempat ketiga.

“Litar yang basah dua kali lebih sukar tapi saya lakukan yang terbaik untuk kekal tenang dan elakkan buat sebarang kesilapan. Trek memang licin dan kami terpaksa membrek awal sebelum selekoh,” ujar Wany.

KEPUTUSAN

PROMOTIONAL

  1. Wany Hasrita
  2. Nabila Razali
  3. Shukri Yahaya
  4. Shawn Lee
  5. Diana Danielle

 SPORTING

  1. Hayden Haikal                 S&D Motorsports
  2. Wong Chin Eeg                Hiewa Racing Team
  3. Kenneth Koh                    Panglima City Racing
  4. Dato’ Ken Foo                  Kulim Topwheels
  5. Haji Sutan Mustaffa

 SUPER SPORTING

  1. William Ho                       Toyotsu Racing
  2. Freddie Ang                     Telagamas Toyota
  3. Kenny Lee                         Kegani Racing
  4. Tengku Djan Ley              23 Motors
  5. Boy Wong                         ST Wangan

GALERI

 

Google ads
Back to top button