Buletin

BUGATTI CHIRON DIVO – LAGI MAHAL, LAJU BERBANDING CHIRON SPORT

Bugatti dilapor bakal memperkenalkan varian baharu Chiron pada acara Pebble Beach Concourse d’Elegance, Ogos depan.

Beberapa bulan kebelakangan ini, Bugatti didakwa telah menunjukkan model baharu itu kepada pelanggan-pelanggan pentingnya.

Bakal dikenali sebagai Bugatti Chiron Divo, jentera itu dikatakan mempunyai perbezaan ketara dan reka bentuk radikal berbanding Chiron Sport. Bugatti juga terpaksa menghasilkan transmisi perlumbaan khas untuk Chiron Divo.  

BACA: BUGATTI CHIRON SPORT DILANCARKAN DI MALAYSIA – RM12.5 JUTA DAN UNIT INI SUDAHPUN DIJUAL!

Kotak gear itu akan memainkan peranan penting dalam meningkatkan aspek pecutan hypercar berkenaan. Sumber mendakwa ia membuatkannya jauh lebih laju.

Ini sekali gus mengatasi rekod pecutan Chiron Sport sekarang 0-100km/j dalam masa bawah 2.5 saat dan menctat kelajuan 200km/j kurang 6.5 saat.

Fokus utama Bugatti ketika menghasilkan Chiron Divo adalah menjadikannya lebih sesuai untuk kegunaan di litar. Ia juga akan menjadi model paling ringan dihasilkan oleh Bugatti setakat ini.

Bugatti dikatakan akan menghadkan produksi Chiron Divo kepada kurang 100 unit sahaja. Namun, tidak dapat dipastikan sama ada angka itu adalah tambahan kepada 500 unit Chiron sedia ada atau sebaliknya.

Apa yang pasti, Chiron Divo tidak murah. Ia dijangka ditawarkan pada harga €5 juta (RM23.7 juta), dua kali ganda lebih mahal daripada Chiron Sport yang berharga €2.65 juta (RM12.5 juta).

Google ads
Back to top button