Buletin

BUGATTI CHIRON PROFILÉE KERETA PALING MAHAL DIBIDA, RM45.1 JUTA!

Bugatti Chiron Profilée yang hanya dikeluarkan sebuah sahaja dan model terakhir dengan enjin W16 telah dijual pada harga 9,792,500 euro (RM45,149,859.65).

Majlis bidaan RM Sotheby di Paris pada 1 Februari meletakkan Chiron Profilée sebagai kereta baharu paling mahal yang dijual pada acara bidaan.

Apa yang istimewa tentang Chiron Profilée? Pertama sekali, semua model Chiron adalah istimewa namun Profilée berada pada aras tersendiri selepas Chiron, W16 Mistral dan Bolide telah habis dijual.

Chiron Profilée adalah satu-satunya peluang untuk memiliki sebuah Bugatti baharu dengan enjin W16 terus dari pengeluarnya. 

Dengan ciri tersebut, majlis berlangsung dengan sengit di dalam bilik bidaan dan juga melalui telefon.

Nama Profilée diinspirasi dari satu daripada model terawal Jean Buggati iaitu Type 46 yang dikenali sebagai Surprofilée dengan silhoutte yang lebih sleek dan bahagian belakang yang elegan.

Dengan ciri tersendiri, Chiron Profilée turut melakar sejarah di dalam warisan 114 tahun kewujudan Buggati.

Sama seperti Chiron Pur Sport, Chiron Profilée menggunakan enjin W16 8.0 liter empat turbo berkuasa 1,500 ps.

Keunikan Chiron Profilée paling jelas boleh dilihat pada sayap belakang kekal yang melengkung ke atas dan berfungsi untuk kestabilan pada kelajuan tinggi dan penyejukan enjin W16.

Selain itu, Chiron Profilée adalah model Chiron pertama yang dijual dengan anyaman kulit dan badan luar dalam warna Argent Atlantique.

Warna itu tidak pernah dan tidak akan digunakan pada mana-mana model Chiron.

Rim yang diinspirasi dari bentuk ladam kuda pada gril kereta Bugatti pula direka dan dibuat untuk Profilée sahaja.

BACA: BUGATTI LANCAR PROGRAM PRA-MILIK UNTUK MODEL CHIRON, VEYRON

BACA: BUGATTI BABY II CARBON EDITION – HARGA CUMA RM373 RIBU

BACA: ANDA BERANGAN NAK PAKAI BUGATTI CHIRON? INI KOS MEMBELA CHIRON

Google ads
Back to top button