
BUGATTI BABY II CARBON EDITION – HARGA CUMA RM373 RIBU
Dalam versi standard, ‘kereta mainan’ Bugatti Baby II bukanlah sebuah produk yang murah.
Dengan harga sekitar $35,000, ia merupakan antara mainan yang agak mahal harganya untuk golongan marhaen.

Namun, ia tidaklah semahal model versi Carbon Edition yang baharu sahaja dilancarkan ini.
Biarpun membawakan rupa yang sama seperti model standard, Bugatti Baby II ini mengambil inspirasi daripada model Bugatti Mistral dengan menampilkan senibina gentian karbon yang termaju.
Ia dibezakan dengan kehadiran warna cat hitam, serta komponen gentian karbon yang terdedah.

Tiada sebarang perubahan mekanikal dibuat, bermakna anda boleh mendapatkan Baby II dalam konfigurasi yang paling berkuasa terdiri daripada motor elektrik berkuasa 13.4 hp dan pek bateri 2.8 kWh.
Harga jualan Bugatti Baby II Carbon Edition ini bermula dari €80,000 (RM373 ribu), di mana hanya pemilik Bugatti Mistral sahaja dibenarkan untuk mendapatkan model terhad ini.