BuletinMotosikal

DUCATI PANIGALE V4 KENA RECALL – SEKALI TANGKI MINYAK BOCOR DAA..

Ducati Panigale V4 memang sebuah motor yang hangat menawan. Punyalah hangat sampai terbakar terus kau macam yang berlaku di Kanada baru-baru ini.

Motor mahal macam mana boleh terbakar ni Abang Japar? Tanya Pak Amid yang memang hanya mampu pakai kasut Ducati. Ia dikatakan gara-gara kebocoran petrol di bahagian tangki minyak sekaligus menyebabkan ia terpaksa dipanggil balik untuk urusan penggantian bahagian yang bermasalah.

Dikatakan sekitar 692 unit Panigale V4 di Amerika Syarikat dan Kanada terlibat dalam proses tersebut.

Jangan salah faham kerana kebocoran yang berlaku bukannya akibat tangki itu sendiri bocor ataupun berkarat. Motor baru ni der. National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) mengatakan terdapaty kebocoran pada bahagian seal (getah pelindung) penutup tangki.

Seal yang bermasalah tersebut menyebabkan petrol menitis keluar sekaligus jatuh ke atas kepala selinder Panigale V4 kerana bahagian tersebut berada di bahagian paling atas.

Tambah menarik bila kes ini dikaitkan dengan sebuah Panigale V4 yang telah terbakar di Kanada beberapa ketika dahulu dan apabila penyiasatan dilakukan di dapati penyebabnya memang disebabkan oleh kebocoran pada bahagian tangki bahan bakar.

BACA: DUCATI BANGUNKAN MOTOSIKAL DENGAN TEKNOLOGI RADAR

Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa produk mahal turut terlibat dengan proses recall? Adakah ia produk gagal atau sebaliknya? Jawapan sebenar ialah ia merupakan satu tanggungjawab yang dipikul oleh syarikat untuk menjamin kepentingan pengguna. Apatah lagi bila semua kerosakan ditanggung oleh pengeluar dan digantikan secara percuma.

Jangan pula ingat produk yang tidak pernah dipanggil balik itu tidak bermasalah langsung. Sekurang-kurangnya dalam hal ini, Ducati sedia memikul tangggungjawab dan tidak melepaskan diri dari tanggunjawab.

Ni nasib baik cuma seal sahaja, buatnya tangki bocor memang jual buah pinggang la nak beli tangki minyak baru.

Jadi kalau tangki minyak anda bermasalah segeralah hantar kepada mekanik untuk diperbaiki. Silap-silap memang boleh menyebabkan kebakaran.

 

Google ads
Back to top button