Buletin

MALAYSIA AUTOSHOW 2023: BMW i4 M50, 544HP, JARAK GERAK 510KM, BERMULA RM445K

Bersempena ulang tahun ke-50, BMW Malaysia mempamerkan model elektrik baharu di Malaysia Autoshow 2023 iaitu BMW i4 M50.

BMW i4 M50 baharu tampil dengan lencana 50 tahun BMW M, selain keterampilan sporty yang diserlahkan melalui kelengkapan standard seperti pakej M aerodynamics dan spoiler belakang M yang dipadankan dengan warna badan.

Dalam kabin, model ini dihiasi trim interior M bersama kemasan trim Carbon Fibre, Material Bumbung Antrasit M, di samping kerusi M Sport di hadapan, tali pinggang keledar, panel instrumen dalam Sensatec, BMW IconicSounds serta bumbung kaca elektrik.

BMW i4 M50 dikuasakan oleh dua motor BMW M eDrive yang dipasang pada gandar hadapan dan belakang, menghasilkan 544hp, tork 795Nm dalam mod Sport Boost.

Pecutan 0-100km/j hanya mengambil masa 3.9 saat sahaja, manakala kelajuan maksimum dihadkan pada 225km/j.

BMW i4 M50 menawarkan jarak gerak sehingga 510km (WLTP) dengan penggunaan tenaga sebanyak 24-19kWj/100km.

Untuk pengecasan penuh, model ini akan mengambil masa 8 jam 15 minit untuk pengecas AC 11kW dan bagi DC 200kW pula, hanya memakan masa 31 minit.

Sistem keselamatan terdiri daripada Acoustic Protection for Pedestrians, Active Protection for Pedestrians, Driving Assistant Professional, Parking Assistant Plus serta Active Protection.

BMW i4 M50 tersedia dengan pilihan lima warna iaitu Mineral White, Black Sapphire, M Brooklyn Grey, M Portimao Blue dan Sanremo Green.

Bahagian upholsteri ditawarkan dalam Leather Vernasca berwarna hitam bersama kemasan sulaman berkontras biru dan Leather Vernasca berwarna ‘cognac’.

Para pemilik BMW i4 M50 dapat menikmati Pengalaman Pemilikan Premium meliputi Waranti Tanpa Had Perbatuan 5 Tahun berserta Program Servis Berjadual Percuma, Waranti Bateri BMW 8 Tahun / 160,000 km (mana-mana terlebih dahulu), Bantuan Tepi Jalan, Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – BMW Privileges Card dan Servis Dalam Talian BMW.

BMW i4 M50 dijual pada harga bermula RM445,800 atas jalan, tanpa insuran.

GALERI:

Google ads
Back to top button