BYD SEAGULL BAKAL BERADA DI PASARAN APRIL 2023. 75HP, HARGA BERMULA RM38K
Kereta elektrik empat pintu, BYD Seagull berwarna merah jambu dilihat berada di jalan raya di China dengan versi ini dijangka mampu menarik perhatian pemandu wanita.
BYD Seagull mempunyai ukuran dimensi 3780/1715/1540mm dengan jarak roda 2500mm. Sebagai perbandingan, ia 345mm lebih pendek, 55mm lebih sempit dan 30mm lebih rendah berbanding BYD Dolphin.
Bahagian luar Seagull mempunyai garis bonet yang cerun, selain terdapat kemasan plastik di bahagian bawah badan dan spoiler bumbung. Bahagian hadapan dipadankan dengan dua lampu utama berbentuk trapez serta bampar dengan corong pengambilan udara.
Seperti Dolphin, Seagull turut mempunyai warna badan yang sama iaitu merah jambu. Ia dikatakan akan tersedia dengan pilihan warna sama seperti Dolphin termasuklah kuning, hitam, hijau, kuning, hitam, kelabu dan ungu.
Seagull hadir dengan skrin kawalan pusat terapung, selain panel instrumen bersaiz kecil. Di bawah skrin utama, terdapat pad telefon serta blok butang fizikal. Di bahagian tengah antara pemandu dan penumpang hadapan pula disertakan dengan pemegang cawan dan ruang penyimpanan.
Dari segi kuasa, Seagull dijana oleh motor elektrik TZ180XSH dengan hamburan kuasa sebanyak 75hp. Ia akan dipasangkan dengan bateri LFP tetapi kapasiti bateri tersebut masih menjadi tanya. Setakat ini maklumat tidak rasmi adalah bateri tersebut berkapasiti 30.7kWj.
Seagull dijangka dijual pada harga sekitar AS$8,860 – AS$14,770 (RM38,275 – RM63,806) dan akan berada di pasaran menjelang April 2023.
GALERI:
- BACA: SIME DARBY MOTORS SERAH 100 UNIT PERTAMA BYD ATTO 3 KEPADA PELANGGAN MALAYSIA
- BACA: BYD YANGWANG LANCAR MODEL U8 DI CHINA – 4 MOTOR ELEKTRIK, BOLEH TERAPUNG, BERMULA RM638K
- BACA: BYD BAKAL LANCAR JENAMA EV BAHARU ‘PROFESSIONAL AND PERSONAL’ PADA 2023
- BACA: DEMI BYD ATTO 3, PEMBELI DI THAILAND SANGGUP BERATUR SEAWAL 8 MALAM. DAH MACAM BELI IPHONE