
HARGA KAWASAKI NINJA ZX-4RR DIDEDAH – SEKITAR RM43K?
Selepas hampir tiga tahun penantian, akhirnya Kawasaki Malaysia bakal melancarkan Ninja ZX-4R untuk pasaran tempatan.
Ini kerana beberapa pengedar telah pun mula menerima pra-tempahan bagi motosikal sportsbike kelas 400cc itu di media sosial.

Bagaimanapun, tinjauan di beberapa akaun media sosial mendapati terdapat pengedar yang mula memuat naik harga (tidak rasmi) motosikal berkenaan.
Berdasarkan perkongsian yang tidak rasmi itu (memandangkan belum ada pengumuman rasmi dari pihak MODENAS selaku pengedar) Ninja ZX-4R adalah bermula dari RM41k bagi versi Standard dan RM43k bagi varian ZX-4RR.

Apa pun, pelancaran rasmi termasuk harga dijangka akan berlaku tidak lama lagi.
Untuk rekod, Kawasaki Ninja ZX-4RR dikuasakan enjin 4-silinder 399cc 4-stroke DOHC dengan penyejukan cecair yang menawarkan ‘rev limit’ lebih 15,000rpm. Kuasa enjin pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi 6-kelajuan dengan bantuan klac basah. Platform tersebut berupaya menghasilkan 79.1hp dengan bantuan Ram-Air.







