
BIMOTA KB399 DIUMUMKAN, KEMBAR JAHAT NINJA ZX-4RR – 399CC, 79HP
Bimota memperkembangkan tawaran model baharu bagi tahun 2026 kali ini menerusi model paling kecil dalam portfolio mereka menerusi KB399 dan KB399 ES serba baharu.
Menggunakan Kawasaki Ninja ZX-4RR sebagai asas utama, KB399 dikuasakan enjin empat silinder 399cc yang sama dan berupaya menjana 79hp dalam keadaan standard (naik 3hp dari Ninja ZX-4RR).

Selebihnya KB399 menawarkan reka bentuk tersendiri dan dilengkapi dengan komponen unik antaranya winglet dan triple clamp jenis billet.
Mewarnai panel badan KB399 adalah gabungan warna ikonik Bimota yang merangkumi warna merah dan putih dan dipadankan bersama kerangka serba merah.

Sementara itu, versi ES pula hadir dengan panel badan jenis gentian karbon, handlebar jenis clip-on, brake jenis billet, dan footpeg boleh laras.
Kedua-dua varian dilengkapi dengan fork Show SFF-BP 41mm dihadapan namun varian ES menggantikan penyerap hentak Showa BFRC-lite dengan Öhlins STX46.

Ketika NInja ZX-4RR dilengkapi dengan brek dari Kawasaki sendiri, KB399 pula lebih premium dengan Brembo Stylema dan ekzos Akrapovic.
Menariknya, KB399 berkongsi pakej elektronik yang sama dari ZX-4RR termasuk traction control, power mode, riding mode serta quickshifter (bi-directional).
GALERI: BIMOTA KB399 2026

















