Buletin

DAIHATSU PAMER 11 MODEL DI TAS 2017

Sebagaimana yang Abang Japar bagitahu sebelum ini, satu acara pemotoran penting di Jepun, Tokyo Auto Salon (TAS) 2017 bakal berlangsung bulan depan.

Jangan keliru pula dengan Tokyo Motor Show (TMS) yang dianjurkan setiap dua tahun, TAS sebenarnya lebih terarah kepada pameran modifikasi atau tuner. Sama macam pameran SEMA di Las Vegas atau Essen Motor Show di Jerman.

daihatsu-tokyo-auto-salon-2017-mekanika-12

Bakal menerima ratusan ribu pengunjung sepanjang satu minggu ia dianjurkan, Daihatsu nyata tidak mahu melepaskan kemeriahan ini. Jadi, kesungguhan itu dapat dilihat ia akan mempamerkan sehingga 11 buah model produksi sedia adanya yang telah diubah suai.

BACA: DAIHATSU WALKTROUGH UNTUK DIJUAL!

BACA: DAIHATSU COPEN – MUNGKINKAH BAKAL DIPERKENALKAN OLEH PERODUA?

Daihatsu membahagikan modelnya kepada empat kategori iaitu Sporza, Grand Custom, Beach Cruising dan Cross Field.

daihatsu-tokyo-auto-salon-2017-mekanika-14

Sporza merangkumi model-model seperti Copen roadster, hatchback Boon (Perodua Myvi), serta mini wagon seperti Thor dan Move Canbus. Semua jentera itu hadir dengan kemasan warna hitam merah bersama rim emas.

daihatsu-tokyo-auto-salon-2017-mekanika-2

Grand Custom pula mengambil pendekatan lebih halus dalam memodifikasi model-model Thor, Tanto dan Move (Perodua Kenari). Ketiga-tiga model berkotak ini didatangkan dalam warna hitam dan kelabu, bersama rim, kemasan dan lampu  berwarna baru. Nampak macam ah beng la pulak.

daihatsu-tokyo-auto-salon-2017-mekanika-5

Peminat gaya retro pasti tertarik dengan siri Beach Cruising yang membawa Canbus dan Boon ke masa lampau. Jentera itu tampil menarik dengan cat biru muda, kemasan kayu dan rim krom.

daihatsu-tokyo-auto-salon-2017-mekanika-7

Kategori Cross Field pula menampilkan model Cast Activa dan Wake dengan gaya outdoor melalui cat badan berwarna hijau bersama kemasan oren. Ia sesuai untuk peminat Subaru Crosstrek, tetapi dalam versi lebih kecil.

Inilah antara sebab kenapa TAS jauh lebih menarik berbanding TMS. Peminat tegar kereta mesti kena pergi walaupun sekali.

GALERI 

daihatsu-tokyo-auto-salon-2017-mekanika-4 daihatsu-tokyo-auto-salon-2017-mekanika-6 daihatsu-tokyo-auto-salon-2017-mekanika-8 daihatsu-tokyo-auto-salon-2017-mekanika-10 daihatsu-tokyo-auto-salon-2017-mekanika-11 daihatsu-tokyo-auto-salon-2017-mekanika-13

Google ads
Back to top button