
DAMD BAWA LIMA MODEL POWER KE TAS 2023. SUZUKI JIMNY GAYAAN G-WAGEN, VAN AVERY DAN SUV HUSTLER
DAMD akan membawakan barisan model yang mengagumkan di Tokyo Auto Salon 2023. Ia terdiri daripada lima model Suzuki telah diubah suai, di mana tiga daripadanya adalah SUV kompak Jimny. Ini termasuklah camper dengan penampilan Defender lama selain kereta kei Hustler dengan banyak aksesori.
Bermula dengan kembar tiga Suzuki Jimny, ia digelar sebagai Advance, Traditional dan Aventura. Ketiga-tiga model ini adalah berdasarkan Jimny Sierra spek JDM, menampilkan penukaran little G, seperti telah diperkenalkan pada 2019. Walau bagaimanapun, body kit mereka diubah suai untuk mencerminkan reka bentuk varian berbeza G-Wagen yang ikonik.

Jimny little G. Traditional hadir dalam warna kuning yang menyerupai G-Class dengan kemasan gril plastik, plat gelincir serta sambungan fender yang tidak dicat.
Untuk menambah daya tarikan, ia turut ditampilkan dengan rim retro, lampu kuning dipasang pada bampar hadapan serta lampu belakang gaya ala Mercedes. Selain itu, terdapat juga bakul pada bumbung yang boleh diakses dengan tangga kecil di bahagian belakang.
Jimny little G. Aventura pula mendapat kemasan cat berwarna hijau yang membuatkannya mirip seperti varian AMG G-Class. Jentera itu dipadankan dengan rim aloi BBS berwarna hitam, selain rak bumbung yang lebih besar dengan lampu tambahan, penutup pada roda ganti dan lampu belakang LED moden.
Akhir sekali ialah Jimny little G. Advance. Ia tampil dengan berwarna jingga bersama gril gaya Panamericana yang menjadikannya kelihatan seperti generasi terbaru G-Class. Ia mendapat warna badan dua tona dengan kemasan warna hitam untuk bodykit dan bumbung. Dari segi penggayaan, Jimny little G. Advance kelihatan lebih sporty kerana ia tertumpu pada pengembaraan.

Selain Jimny, DAMD turut membawa Suzuki Every dengan bodykit little D serta tambahan beberapa ciri istimewa. Fascia model itu digayakan seperti Defender klasik yang telah tersedia untuk Suzuki Every sejak tahun lepas.
Van tersebut didatangkan dengan kit lengkap merangkumi sport bar hadapan, bonet kecil, gril, bampar off-road serta lampu utama. Kelengkapan lain ialah ruang penyimpanan khemah di atas bumbung, LED PIAA serta pelekap untuk alatan dan peralatan.
Van kecil itu dipasang dengan rim aloi berwarna hitam dan dibalut tayar Toyo Open Country R/T yang lebih cengkam. Dari segi kuasa, ia dijana oleh enjin tiga silinder 660cc dengan hamburan kuasa 63hp.

Model terakhir dibawa oleh DAMD ke Tokyo Auto Salon 2023 ialah Suzuki Hustler Country. Model itu telah didedahkan beberapa hari lalu, dengan matlamat untuk menjadikannya kelihatan lebih mencabar dan bersedia untuk off-road.
Bodykit itu sebenarnya sudah tersedia di pasaran Jepun yang terdiri daripada bampar lasak, sambungan fender lebih besar, gril baharu dengan corak sarang lebah dan nama Damd di bahagian hadapan.
Antara ciri menarik lain Suzuki Hustler Country ialah bakul bumbung bernuansa retro, kemasan bertekstur pada bumbung dan set roda yang lebih mencengkam, sesuai dengan pengunaannya di laluan off-road.
- BACA: SUBARU BAKAL PAMER SUBARU IMPREZA STI DAN PROTOTAIP LEVORG STI SPORT # DI TOKYO AUTO SALON 2023
- BACA: TOYOTA GRMN YARIS MENDARAT DI TOKYO AUTO SALON. TERHAD 500 UNIT
- BACA: SUBARU BAKAL DEDAH KONSEP STI E-RA DI TOKYO AUTO SALON 2022
- BACA: HONDA CIVIC TYPE R 2023 BAKAL SERTAI TOKYO AUTO SALON – TAPI MASIH PAKAI JAKET CAMO






