
MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA PAMER TRITON DAN XPANDER DIUBAH SUAI DI TOKYO AUTO SALON KUALA LUMPUR 2023
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi Motors di Malaysia, akan menyertai Tokyo Auto Salon dari 9 hingga 11 Jun di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC).
Tokyo Auto Salon pada mulanya hanyalah untuk meraikan paparan inovatif serta kreatif bagi kereta keluaran Jepun namun kini ia menjadi salah satu pertunjukan peringkat antarabangsa.
Acara ini juga dianggap sebagai platform berprestij oleh pengeluar kenderaan serta aksesori selepas pasaran termasuklah Mitsubishi.

Secara purata, pameran tahunan di Jepun dikatakan menampilkan 1,000 kenderaan, lebih 500 peserta pameran, 4,000 reruai pameran dan lebih 300,000 pengunjung Jepun serta antarabangsa.
Bagi Mitsubishi, syarikat itu akan menampilkan dua Triton dan XPANDER yang diubah suai termasuk dua kereta pelanggan diubahsuai mengikut elemen gaya hidup.
Mempamerkan konsep sporty secara keseluruhan, pengunjung boleh ke reruai Mitsubishi Motors di Dewan 3, lot C301 di Aras 1.
Selain itu, pengunjung Tokyo Auto Salon yang memandu uji Triton atau XPANDER akan menerima barangan Mitsubishi Motors, selain berpeluang menyertai cabutan bertuah di mana lima pemenang bakal berpeluang mendapat tambah nilai Touch N Go bernilai RM300.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://tokyoautosalonkl.com/
- BACA: MITSUBISHI MALAYSIA CATAT JUALAN 24,315 UNIT TAHUN KEWANGAN APR 2022-MAC 2023. PALING TINGGI DALAM SEJARAH
- BACA: MITSUBISHI MALAYSIA LANCAR OUTLANDER SPORTS EDITION-120 UNIT SAHAJA!
- BACA: MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA LANCAR PROGRAM MAX CERTIFIED- PLATFORM KERETA TERPAKAI
- BACA: MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA LANCAR PUSAT 3S DI ALOR STAR DAN LANGKAWI, TERBESAR DI UTARA