Buletin

EDISI KHAS 750 UNIT HONDA JAZZ DAN CITY “eXclusivity”

Honda Malaysia semalam melancarkan edisi terhad bagi model Jazz dan City yang dikenali dengan City X dan Jazz X. X bermaksud eXclusivity (eksklusif) yang akan dipasarkan dalam bilangan terhad. Hanya 350 unit untuk City dan 400 unit untuk Jazz.

Perubahan ketara yang dapat dilihat ialah kehadiran lampu utama dengan DRL (daytime running light) di bahagian lampu kabus. Di bahagian dalaman pula, semua kerusi disalut dengan lapisan separa kulit dan pelapik kargo di bahagian but belakang sebagai peralatan standard.

jazz city exclusivity limited (2)

Sejak diperkenalkan pada 2014, generasi baru Jazz dan City kekal menjadi penyumbang utama jualan keseluruhan Honda Malaysia. Lebih 87,000 unit City dan 34,000 Jazz telah terjual sehingga Julai lalu yang mewakili 50 peratus jualan keseluruhan jenama kenderaan Honda di Malaysia.

jazz city exclusivity limited (5)

Honda City Xdijual pada harga RM86,100 (atas jalan dengan insuran) sementara Jazz X RM82,500 (atas jalan dengan insuran). City X ini didatangkan dengan warna Modern Steel Metallic dan Dark Ruby Red Pearl sementara Jazz X pula Modern Steel Metallic dan Carnival Red.

jazz city exclusivity limited (4)

Sepertimana kenderaan Honda yang lain, ia didatangkan dengan jaminan 5 tahun tanpa had batuan. Julat batuan servis kedua-dua model ini ialah 10,000km dan Honda menawarkan 6 kali penyelenggaraan percuma sehingga batuan ke 100,000..

 

 

Google ads
Back to top button