Buletin

TOYOTA PERTIMBANG JUAL ENJIN HYBRID KEPADA PENGELUAR LAIN

Toyota dilaporkan sedang membertimbangkan untuk membekalkan enjin hybrid mereka kepada pengeluar lain. Seperti yang dilaporkan oleh agensi berita Reuters.

Sebagai perintis enjin hybrid dan pengeluar kenderaan terbesar dunia, ia dilihat sebagai langkah menang-menang pada industri yang didesak oleh regulasi yang semakin ketat.

Seperti yang diketahui, sekatan emisi moden telah menjadi semakin rumit dan rang undang-undang spesifikasi pengeluaran kenderaan juga kini memaksa pengeluar supaya menghasilkan kereta yang jimat bahanapi, bersih dan dipandu jarak yang lebih jauh.

BACA – TOYOTA DAN DAIHATSU TUBUH SYARIKAT DALAMAN

BACA – REBAT TUNAI UNTUK CAMRY HYBRID

Sudah tentu, jika direalisasikan, ia adalah berita baik bagi pengeluar lain. Mereka boleh menjimatkan kos R&D, pengeluaran serta kualiti terbaik yang merupakan piawai tertinggi Toyota.

Sebanyak 9 juta kenderaan hybrid Toyota telah dijual sejak 1997 dan mereka tidak mungkin salah dalam membangunkan teknologi ini.

2016 Toyota Corolla Hybrid

Dalam satu kenyataan oleh Presiden bahagian Pembangunan Enjin Toyota, Toshiyuki Mizushima, mereka akan cuba mengubah eko sistem pengeluaran supaya ia boleh disesuaikan dengan kereta bukan Toyota.

“Buat masa ini, bahagian-bahagian enjin yang dibina, khusus untuk kereta Toyota sahaja.  Sebagai contoh, inverter hybrid yang digunakan tak boleh dimuatkan dalam system selain Toyota. Motornya berbeza, voltage juga,” ujar Yoshifumi Kato, Pengarah Eksekutif Kejuruteraan R&D Denso Corp, vendor terbesar Toyota.

Mazda CX30

Cadangan membekalkan enjin kepada pengeluar lain ini timbul berikutan peningkatan kos R&D Toyota sebanyak 73 peratus tahun lalu. Mereka berbelanja USD9 billion lebih banyak dari yang dibelanjakan pesaing mereka, Volkswagen dalam tempoh yang sama.

Jika jadi kenyataan, kita boleh lihat pembangunan besar-besaran jenama kereta lain menggunakan teknologi yang terbukti terbaik dalam industri. Toyota juga bakal pulang modal lebih cepat berbanding sekarang dan pengeluar lain juga dapat menjimatkan belanja dengan membeli terus enjin dari Toyota dan dipasang pada kereta masing-masing.

Tak sabar rasanya nak tengok Proton Saga Plug-In Hybrid atau Bezza setangki petrol boleh jalan 1,500km misalnya?

Tags
Google ads
Back to top button