Motosikal

YAMAHA XMAX 300 BAKAL LANCAR DI MALAYSIA?

Baru-baru ini Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah pun memperkenalkan Yamaha Tracer 9 GT generasi terbaru untuk pasaran Malaysia dengan harga jualan RM71,888. 

Kami difahamkan, pihak HLYM merancang untuk memperkenalkan beberapa model baharu untuk pasaran Malaysia antaranya Yamaha YZF-R9. 

Terbaru, kami turut difahamkan bahawa antara model yang berada dalam perancangan HLYM untuk dilancarkan di Malaysia tahun ini adalah Yamaha XMAX 300. 

Namun begitu, belum dapat dipastikan adakah XMAX 300 ini akan ditawarkan bersama XMAX 250 sebagai varian tambahan atau sebagai pengganti. Bagaimanapun, memandangkan permintaan terhadap XMAX 250 masih tinggi kami berasakan tiada sebab untuk pengeluaran model 250cc dihentikan. 

Berdasarkan spesifikasi yang ditawarkan di Thailand, XMAX 300 digerakkan enjin satu silinder 292cc SOHC yang berupaya menjana 28hp pada 7,250rpm dan 29Nm pada 5,750rpm. 

Menariknya, Yamaha Thailand turut menawarkan XMAX 300 varian Tech Max edisi terhad yang dilengkapi dengan suspensi Öhlins di bahagian belakang yang menawarkan pelarasan preload, rebound dan compression.  

Antara perincian lain ditawarkan termasuk:

  • ABS dual-channel
  • traction control 
  • Yamaha Y-Connect
  • tangki 13L
  • berat 185kg
Google ads
Back to top button