
YAMAHA MOTOR VIETNAM BAKAL LANCAR EXCITER 155 BAHARU?
Baru-baru ini telah tular beberapa gambar spyshot yang didakwa sebagai Yamaha Exciter 155 generasi terbaru.
Perkembangan tersebut turut meraih perhatian besar di Malaysia ekoran Exciter 155 dikenali dengan nama Y16ZR disini.

Menurut laporan media Vietnam, imej tersebut diambil dari dokumen pendaftaran reka bentuk yang telah difailkan di negara itu sekitar September 2025.
Berdasarkan gambar dikongsikan jelas Exciter 155 generasi terbaru ini hadir dengan perubahan besar terutamanya dari segi reka bentuk keseluruhan.
Pertamanya, lampu utama di hadapan lebih besar berbanding sebelum ini. Keduanya, reka bentuk panel badan juga berbeza dan kelihatan lebih minimalis.

Seterusnya, bahagian lampu belakang juga kelihatan lebih besar dan tidak lagi mengikut reka bentuk yang sama seperti yang ditawarkan pada Y16ZR sedia ada.
Moto Saigon mendakwa bahawa Yamaha turut menaik taraf bahagian brek dengan saiz cakera yang lebih besar. Bagaimanapun, reka bentuk rim yang sama dikekalkan.
Meskipun tidak didedahkan namun Exciter 155 baharu ini hampir pasti dikuasakan enjin 155cc SOHC dengan VVA yang sama seperti model Y16ZR sedia ada dengan tiada perubahan pada kuasa dan tork.
Antara ciri baharu yang mungkin diperkenalkan adalah meter TFT seperti yang ditawarkan pada NVX 155 SP serta ABS dwi-saluran







