Buletin

HONDA PERKENAL KONSEP HR-V VERSI ELEKTRIK UNTUK PASARAN CHINA

Honda Motors bersama rakan dagang mereka di China, Guangzhou Automobile Group (GAC) telah mempamerkan sebuah model konsep SUV elektrik di Beijing Auto Show minggu lepas. 

Dikenali sebagai model konsep Everus EV, Honda memberitahu bahawa mereka akan membina model ini khas untuk pasaran negara China sahaja.

BACA: GEELY TERAJUI EV DI CHINA

Menurut Honda, model ini akan memasuki fasa produksi menjelang hujung tahun ini dan akan dijual di bawah jenama Everus. Honda juga merancang untuk menjadikan model ini sebagai “perkongsian EV” bersama syarikat yang menawarkan perkhidmatan tersebut, Richstar. 

Tahun lepas, Honda telah melabur lebih USD9 Juta dalam kosep perkongsian EV dan telah mendapat sejumlah 1o peratus dalam syarikat tersebut.

Tiada data teknikal yang didedahkan setakat ini, namun apa yang dapat dilihat menerusi fizikal model konsep ini jelas ia menggunakan platform Honda H-RV sebagai pelantar asas. Dari garis bumbung, tiang A, B dan C menandakan bahawa ini adalah model masa hadapan HR-V dengan penggerak EV.

China sememangnya sedang giat memberi insentif kepada pengeluar automotif untuk menghasilkan kenderaan sifar pencemaran. 

Honda juga seiring dengan matlamat tersebut dan merancang untuk menghasilkan sekurang-kurangnya 20 mode EV menjelang tahun 2025. Presiden dan CEO Honda, Takahiro Hachigo juga memberitahu teknologi autonomous mereka akan mencapai Tahap 3 pada 2020 dan Tahap 5 pada 2025.

 
Google ads
Back to top button