Motosikal

HONDA VIETNAM LANCAR HONDA FUTURE F1 125CC – KAPCAI PREMIUM DENGAN LAMPU LED

Honda Vietnam Co., Ltd. (HVN), unit jualan motosikal Honda di Vietnam baru-baru ini memperkenalkan Honda Future FI 125cc.

Kapcai tersebut diperkenalkan secara rasmi di Vietnam pada tahun 1999. Memiliki kelebihan yang ketara berbanding motosikal lain di dalam segmennya seperti penjimatan bahan api, enjin yang kuat, reka bentuk elegan, tahan lasak dan mudah digunakan, Future  mendapat malum balas memberangsangkan daripada pengguna. 

HVN melancarkan generasi kesembilan motosikal itu yang tampil dengan konsep “CUB dalam kelas lebih tinggi untuk lelaki matang”. Jentera tersebut menerima perubahan reka bentuk yang komprehensif.

Ini dapat dilihat pada kemasan yang menjadikannya lebih premium. Antaranya ialah lampu LED dan speedometer yang diinspirasikan daripada konsol kereta mewah.

 

Honda Future FI 125cc dikuasakan leh enjin dengan ciri Programmed Fuel Injection (PGM-FI) dan sistem neutralisasi emisi termaju Tri-meta yang mematuhi piawaian emisi Euro 3.

Ia bukan sahaja menjimatkan bahan api dan kurang emisi, malah menawarkan pecutan yang optimum. Aspek itu dipertingkatkan lgi dengan reka bentuk pembersih udara yang baru.   

Kapcai itu juga hadir engan pelbagai ciri yang memudahkan pengguna. Ciri paling ketara ialah kunvi dengan fungsi empat dalam satu. U-Box pula telah direka semula untuk memberikan kapasiti storan lebih besar.

Future FI 125cc mula dijual pada 26 April di seluruh Vietnam. Ia ditawarkan pada harga bermula 30,190,000 Vietnam Dong (RM5,200) bergantung kepada warna yang dipilih seperti hitam metalik, biru, merah, coklat dan perak.

Google ads
Back to top button