BuletinMotosikal

KAWASAKI INDONESIA LANCARKAN Z900RS DENGAN HARGA MENINGGAL DUNIA – RM85K

Dalam satu acara bersempena Kawasaki Motors Indonesia (KMI) secara rasminya melancarkan varian terbaru Kawasaki Z900RS.

Motosikal gaya klasik/retro ini merupakan antara “bintang” yang diperkenalkan di dua temasya permotoran penting, pertamanya di Tokyo Motorshow dan terbaru di pameran motor terulung, EICMA di Milan.

Ia adalah versi terkini yang berkongsi platform dengan Z900. Z900RS dipasangkan dengan enjin sama dengan Ninja Z900, empat silinder sebaris bersesaran 948cc. Ia mampu menjana kuasa mencecah 111hp (kurang sedikit berbanding 125hp pada Z900) dan tork 98.5Nm.

BACA: Z900RS DIEICMA ITALI

Walaupun didatangkan dengan tema retro, ia dilengkapi dengan pelbagai teknologi motosikal terkini. Antaranya sistem brek, suspensi boleh laras sepenuhnya, kawalan cengkaman, lampu LED dan slipper clutch.

Gayaan klasik dapat dilihat dengan jelas menerusi bahagian hadapan, rekaan tempat duduk dan bar hendal yang lebih rendah.

Ya. ia sebuah motosikal yang cantik buat penggemar retro dan cafe racer. Namun begitu, di Indonesia harga motosikal ini tidak murah langsung.

Ia dijual bermula pada harga 279 Juta Rupiah atau RM84,800. Kalau anda rasa RM84K sudah cukup mahal, Kawasaki Motors Indonesia juga menawarkan varian kedua iaitu Cafe Racer pada harga 288 Juta rupiah atau RM88,000 tukaran terus.

Adalah biasa bagi motosikal di atas 250cc di Indonesia yang dikenakan duti import cukup tinggi. Kerana itu juga pengeluar di sana majoritinya fokus pada motosikal sub 250cc.

Jadi, adakah akan masuk ke pasaran Malaysia?

Pada pendapat kami, berkemungkinan besarnya jawapannya Ya. Jika melihat kepada trend sebelum ini, Malaysia biasanya menerima model terkini selepas Indonesia dan Thailand.

 

 

Google ads
Back to top button