Motosikal

HARLEY-DAVIDSON LANCAR 3 MODEL BARU, BERMULA RM110,000

Awal tahun ini, Harley-Davidson Kuala Lumpur telah melancarkan Iron 883 dan Forty Eight. Hari ini, Naza Prestige Bikes Sdn. Bhd, pengimport dan pengedar sah jenama Harley-Davidson mengambil langkah proaktif memperkenalkan rangkaian model baru untuk tahun 2016.

harley softtail slim

  1. Roadster Baru (RM110,000)

Sejak dahulu lagi, ini model tradisi yang sangat penting bagi pasaran Harley Davidson di seluruh dunia. Ia telah diperbaharui dengan pemadanan fork terbalik 43mm (USD fork) di hadapan dengan clamp rekaan khas. Suspensi belakang kini lebih premium. Brek depan ditingkatkan dengan cakera berkembar.

Instrumentasi meter rekaan berkembar selari dengan bentuk ikonik tanki bahanapi. Walaupun kedudukan tunggangan agak agresif, ia masih selesa untuk perjalanan jauh. Terima kasih pada roda jejari 19″ dan 18″ belakang yang dipasangkan pada rim 5 jejari aluminium tempa.

harley new roadster

  1. Softail Slim S (RM160,000)

Softail Slim S. Dipasangkan dengan enjin Screamin Eagle Twin Cam (145Nm@4000rpm). Peminat Harley, tak ada yang lebih teruja kalau dapat rasai nikmat 1801cc generasi baru.

Mereka mengambil tema militari ke tahap baru dengan pilihan warna hijau olive. Asasnya, motor ni bertemakan warna hitam, semuanya hitam seperti clamp dengan riser, hitam kilat bagi gegelang lampu depan, penghadang fork, fork bawah, semua tuil pengawal. Pendek kata, ia adalah imej Iron sebenar.

harley Pro street

  1. CVO Pro Street Breakout ((RM210,000)

Model flagship ini pula menterjemahkan konsep hitam/gelap yang lebih ekstesif. Model ini juga diperbaharui dengan pemadanan fork terbalik (USD fork) 43mm di hadapan dengan clamp rekaan khas. Suspensi belakang kini lebih premium. Brek depan ditingkatkan dengan cakera berkembar.

Kelebihan utama muscle ini dah tentulah saiz roda belakang 240/40/18 – ibarat saiz standard sebuah roda untuk Honda Odyssey. Roda depan pula bersaiz 130/60/19. Dengan seberat 318kg, enjin Screamin Eagle Twin Cam yang sama digunakan pada softail telah ditala semula untuk mendapatkan tork awal pada 3500mm 151Nm.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button