Buletin

LELONGAN TERMAHAL TAHUN 2017, BUGATTI TYPE 57S CATAT REKOD BARU.

Kereta klasik dan vintak adalah salah satu industri besar dalam cabang automotif. Setiap tahun, kereta-kereta bernilai tinggi ini dilelong diseluruh dunia. Ia direbut dan dikumpul oleh hartawan dan jutawan sebagai lambang kemegahan. Apatah lagi bagi model yang memang tidak boleh dibeli begitu sahaja di pasaran walau banyak mana duit yang ada.

Satu-satunya tempat kereta begini muncul ialah di pusat lelongan eksklusif. RM Sotheby adalah salah satu badan lelongan terbesar yang sering menyenaraikan kereta-kereta eksotik yang mungkin hanya ada beberapa buah sahaja di dunia.

Minggu lepas, sebuah Bugatti model Type 57S Cabriolet mencatat rekod baru bagi tahun 2017 dengan harga lelongan tertinggi. Kereta keluaran tahun 1937 ini dibida pada harga USD7.7 Juta (RM34.3 Juta) dalam lelongan di Pulau Amelia, Florida.

Walaupun pada peringkat awal ia dijangka akan mencecah harga USD8.5 Juta, nampaknya harga tertinggi yang diterima “cuma” USD 7.7 Juta. Orang kaya pun tak cukup duit zaman ni agaknya.

Ia sekaligus memadam rekod bidaan tertinggi pada Januari lalu bagi sebuah Jaguar E-Type dengan harga USD7.37 Juta.

Dalam acara bidaan tersebut, RM Sotheby memungut jualan keseluruhan lebih USD70 Juta, ia termasuklah jualan tertinggi yang dicatat oleh model Ferrari F50 milik selebriti Mike Tyson (USD2.6 Juta) sebuah Maserati A6G (USD2.4 Juta dan Lancia Astura Cabriolet (USD 2.1 Juta)

BACA: FORD GT MILIK JENSON BUTTON DILELONG

BACA: SUPRA FAST N FURIOUS DILELONG RM753K

 

 

 

Google ads
Back to top button