Buletin

PORSCHE CENTRE PULAU PINANG DIBUKA SECARA RASMI

Sime Darby Auto Performance (SDAP) hari ini membuka Porsche Centre Pulau Pinang secara rasmi. Pusat 3S itu terletak di lokasi strategik iaitu di Jalan Baru di Seberang Perai yang juga merupakan hab automotif Pulau Pinang. Ia mudah diakses dari pulau melalui jambatan pertama.

Melibatkan pelaburan lebih RM15 juta, Porsche Centre itu mempunyai keluasan bangunan 35,575 kaki persegi di atas tanah seluas 102,524 kaki persegi.

Pusat yang canggih itu pasti dapat meningkatkan pengalaman pemilikan para pelanggan Porshe di wilayah utara.

“Kami teruja untuk melebarkan sayap ke Pulau Pinang menerusi Porsche Centre yang ketiga di Malaysia. Pusat 3S ini mampu menawarkan kepuasan dan pengalaman yang unik kepada semua pelanggan serta peminat Porsche di kawasan ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SDAP, Arnt Bayer.

Porsche Centre Pulau Pinang direka untuk membolehkan 10 kenderaan dipamerkan pada satu-satu masa. Kemudahan baharu itu juga mempunyai dua ruang perbincangan berhawa dingin dan kawasan penerimaan selepas jualan yang diintegrasikan dengan Carrera Lounge.

Bahagian penyelenggaraan berteknologi tinggi pula menyediakan sembilan ruang penyelenggaraan dan gudang alat ganti. Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh melihat pilihan pakaian serta aksesori terbaharu daripada Porsche.

“SDAP telah menjadi pengedar eksklusif kami di Malaysia sejak tahun 2010. Ia terus melabur ke atas jenama Porsche dengan kemudahan yang canggih dan kakitangan terlatih.

“Kami yakin dengan potensi jangka masa panjang Porsche di Malaysia. Menerusi penambahan kepada rangkaian pengedar Porsche ini, ia mampu menyokong pertumbuhan dan memberi pengalaman pemilikan luar biasa kepada semua pelanggan,” kata Pengarah Urusan Porsche Asia Pasifik, Martin Limpert.

BACA: PORSCHE PERTAMA RAUH-WELT BEGRIFF (RWB) UNTUK DIJUAL

BACA: PORSCHE 911 TURBO YANG LEBIH BERKUASA UNTUK 2017

GALERI

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button