Motosikal

JENTERA PERANG HARLEY-DAVIDSON MT500

30 tahun lalu, Harley-Davidson telah membeli hak cipta pengeluar motosikal Britain, Armstrong yang pada itu berperanan membekalkan jentera dua roda kepada pasukan tentera di seluruh dunia.

Beberapa tahun kemudian, Harley-Davidson mengumumkan penyertaannya dalam pasaran kelengkapan ketenteraan apabila memperkenalkan motosikal yang paling sukar ditemui dan terpantas pernah dibina, 1999 MT500.

Harus tahu bahawa motosikal itu memang berkuasa. Tampil dengan warna hijau tentera bersama kotak senjata dan peluru pada bahagian sisinya, MT500 jelas bersedia untuk masuk ke medan perang.

Ia juga terbukti lasak. Model-model awalnya pernah digunakan dalam operasi Desert Storm serta Perang Falkland di antara England serta Argentina.

Bagi memahami kenapa Harley-Davidson membeli Armstrong dan mengetahui betapa berkuasanya MT500 kita perlu lihat kepada enjinnya. Motosikal itu menggunakan enjin silinder tunggal empat injap Rotax bersesaran 500cc dan dipadankan dengan kotak gear lima kelajuan.

Enjin yang dibina oleh firma dari Austria itu diuji agar dapat menempuh apa jua permukaan bumi. Ia menjadi sebab utama kenapa motosikal itu mampu mengharung laluan off-road dan mencecah kelajuan sehingga 145km/j tanpa masalah. Biarpun mem[unyai kerangka badan yang besar.

Malangnya, ciri itu tidak cukup untuk menjadikannya sebagai jentera penting pasukan tentera. Antara sebabnya ialah profail haba enjin dan kotak mengisi peluru yang mudah dikesan.

Memandangkan potensi penuh MT500 tidak dapat digunakan sebaiknya di medan perang, kurang 500 unit sempat dihasilkan. Namun begitu, ia menjadi antara model yang sring dicari oleh golongan pengumpul motosikal di seluruh dunia.

Menyedari minat tersebut, sebuah MT500 telah dilelong di Las Vegas pada 26 Januari lalu. Khabarnya, jentera tersebut dijual pada harga melebihi AS$20,000 (RM89,000).

BACA: HARLEY-DAVIDSON STREET ROD 750 – LEBIH BERKUASA, SPORTY

BACA: EKZOS SAMSON UNTUK HARLEY DAVIDSON – 51 INCI KAU!

GALERI

Google ads
Back to top button