Buletin

MALANG SUNGGUH – BARU DIPANDU 243KM DAN CIVIC TYPE R INI TERLIBAT DALAM KEMALANGAN

Apakah yang paling menyedihkan dalam hidup anda? Tak berapa lama dahulu Abang Japar pernah berbual dengan tokey kedai basuh kereta. Dia orang pertama yang beli Perodua Axia masa tu dan beritahu beliau terpaksa beli kereta tu sebab pekerjanya pandu dan kemalangan – dalam perjalanan dari pusat pameran ke kedai cuci kereta.

Tapi kisah ni lebih malang lagi. Greg Ellingson dari Philadelphia yang baru memandu pulang kereta dari pengedar Honda telah dirempuh dari belakang. Beliau baru pandu 243km (151 batu) sahaja.
Namun Greg bernasib baik kerana beliau tidak mengalami sebarang kecederaan. Lebih sedih lagi, kemalangan berlaku bukanlah sebab kecuaiannya. Sebuah kereta lain yang leka merempuh belakang Type R ini dan menyebabkannya terluncur ke hadapan dan menghentam kereta lain.
Akibatnya ialah kerosakan teruk di bahagian belakang. Bahagian hadapannya boleh tahan jugalah menangis tengok. Abang Japar rasa pemandu belakang tu leka sangat tengok Type R ni cantik sporty, tak pun dia dengki sebab kereta dia tak laju.
Google ads
Back to top button