Motosikal

NAIK TARAF SISTEM DTC EVO UNTUK DUCATI 1299 PANIGALE TAHUN 2015-2016 

Pemilik Ducati 1299 Panigale tahun 2015-2016 kini sudah boleh menaik taraf jentera mereka dengan ciri Ducati Traction Control EVO (DTC EVO). Sistem keselamatan itu pada mulanya diperkenalkan ke atas model  1299 Panigale S Anniversario. Ia kemudian menjadi satu ciri standard pada model 1299 Panigale biasa, 1299 Panigale S 2017, 1299 Superleggera dan 1299 Panigale R Final Edition.

Naik taraf algoritma perisian itu membuatkan maklum balas sistem keselamatan itu lebih pantas dan tepat.

Menggunakan data daripada Bosch Inertial Measurement Unit (IMU), DTC EVO sentiasa menilai sudut membelok dan mengira darah kecondongan untuk menghalang tayar belakang daripada tergelincir.

DTC EVO juga memastikan prestasi ketika membelok dan pecutan maksimum dalam keadaan yang selamat. Ini kerana ia mengawal injap throttle body dan pancitan bahan api dengan lebih awal. Ia memang berfungsi dengan baik terutama apabila tahap cengkaman permukaan jalan berubah.

Apabila sistem DTC EVO ditetapkan pada 1 atau 2, ia menambah fungsi ‘Spin On Demand’. Fungsi itu membolehkan 1299 Panigale ditunggang secara ‘kasar’, pada masa yang sama memastikan tayar belakang terus terkawal.

BACA: DUCATI 1299 PANIGALE ANNIVERSARIO – 500 UNIT SAHAJA

Setakat ini, naik taraf ini hanya ditawarkan di pasaran Amerika. Cuba tanya Next Bike, mana tahu dia orang boleh naik taraf juga 1299 Panigale anda.

Google ads
Back to top button