Buletin

MASERATI QUATTROPORTE FACELIFT – BERMULA RM778,800 SEUNIT

NAZA Italia, pengimport dan pengedar kenderaan jenama Maserati di Malaysia baru-baru ini memperkenalkan model Maserati Quattroporte ke pasaran tempatan.

Selepas mencipta kejayaan di pasaran antarabangsa, Quattroporte kini menerima penambahbaikan yang ekstensif. Jentera sports dari Itali itu mula diperkenalkan kepada dunia pada tahun 2013.

maserati-quattroporte-granlusso-gransport-mekanika-3

Model facelift itu hadir dalam tiga varian iaitu Quattroporte, Quattroporte S dan Quattroporte GTS. Antara perubahan ketara ialah rekaan bampar hadapan dan extractor belakang dengan profail berwarna hitam matte.

BACA: MASERATI PAMER SUV PERTAMA DI GENEVA

Gril radiator hadapan vertikal nampak lebih mantap. Tidak ketinggalan ialah skirting sisi dan perumah cermin sisi yang juga berwarna hitam.

maserati-quattroporte-granlusso-gransport-mekanika-4

Quattroporte terus menggunakan khidmat enjin V6 berkuasa 350hp, lebih 20hp berbanding versi terdahulu. Dengan kuasa tork 500Nm, jentera itu mampu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa 5.5 saat dengan kelajuan maksimum 270km/j.

Quattroporte S dijana oleh enjin V6 Twin-Turbo bersesaran 3.0 liter yang dihasilkan oleh Ferrari. Dipadankan dengan pacuan roda belakang, enjin itu berupaya mengekstrak kuasa mencecah 410hp dan tork 550Nm. Dengan pecutan maksimum 286km/j, Quattroporte S hanya memerlukan masa 5.1 saat untuk mencatat kelajuan 100km/j.

maserati-quattroporte-granlusso-gransport-mekanika-2

Varian Quattroporte GTS pula dikuasakan oleh enjin V8 Twin-Turbo buatan Ferrari. Enjin itu mampu menjana kuasa 530hp dan tork 710Nm. Jentera berpacuan roda belakang itu boleh memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa cuma 4.7 saat, dengan kelajuan maksimum 310km/j.

Kesemua enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear ZF lapan kelajuan automatik. Suspensi Skyhook pula dikawal secara elektronik bersama agihan berat 50:50. Manakala kerangkanya dibina menggunakan aluminium secara ekstensif.

maserati-quattroporte-granlusso-gransport-mekanika-5

Perubahan ruang kabin diserlahkan menerusi integrasi elemen antara muka yang lebih kemas di antara bahagian infotaimen dan konsol tengah. Secara spesifiknya, papan pemuka dihuni oleh skrin sentuh bersaiz 8.4 inci bersama teknologi multi sentuhan.

Bahagian bawah konsol tengah telah direka semula dengan menampilkan knob rotari dan ruang penyimpanan barang.

maserati-quattroporte-granlusso-gransport-mekanika-6

Sempena pengenalan Quattroporte baharu ini, Maserati turut melancarkan strategi pilihan kemasan yang unik iaitu GranLusso dan GranSport. Kedua-dua kemasan tersebut ditawarkan sebagai naik taraf untuk model Quattroporte dan Quattroporte S.

Bagi Quattroporte GTS, ia hadir dengan kemasan GranLusso atau  GranSport sebagai ciri standard.

maserati-quattroporte-granlusso-gransport-mekanika-1

Quattroporte boleh anda miliki pada harga RM778,800. Sementara harga Quattroporte S dan Quattroporte GTS pula adalah berdasarkan kepada permintaan. Semua jentera itu hadir dengan pakej servis selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 60,000km.

Google ads
Back to top button