Buletin

MAZDA PROTOTYPE DEDAH PELEKAT RASMI JENTERA LUMBA NO. 55 & NO. 70

Pasukan Mazda Prototype mendedahkan pelekat rasmi pada jentera Mazda RT24-P yang akan bersaing dalam Kejohanan IMSA WeatherTech SportsCar 2017.

Kereta No. 55 menampilkan warna merah (Red Soul) Mazda yang pernah digunakan pada musim-musim sebelum ini. Sementara jentera No. 70 pula mengetengahkan warna kelabu atau Machine Grey.

Warna itu dilihat menyempurnakan lagi rekaan KODO Mazda yang mematuhi garis panduan antarabangsa Daytona Prototype untuk kereta lumba.

BACA: MAAF, MAZDA TAK BUAT RX-9. ROTARY? MUNGKIN JADI HYBIRD. OH TIDAKK!!

BACA: ASAL-USUL NAMA MAZDA DAN LOGO KLASIK MEREKA YANG PELIK

Tristan Nunez dan Jonathan Bomarito akan memandu Mazda No. 55 Mazda. Sementara No. 70 dikendalikan oleh pelumba Tom Long dan Joel Miller.

Pasukan Mazda Prototype yang dikendalikan oleh SpeedSource Engineering juga bakal menyaksikan muka-muka baru pada musim kali ini.

Antaranya ialah Jim Malicki yang dilantik sebagai ketua jurutera dan strategi jentera No.70. Beliau mempunyai pengalaman luas ketika bersama banyak pasukan seperti Tequila Patron ESM, AIM Autosport dan Performance Tech sebelum ini.

Google ads
Back to top button