Artikel PilihanBuletin

MAZDA RX-VISION – KERETA KONSEP PALING CANTIK!

Kereta sports konsep yang mungkin dikuasakan oleh enjin rotari, Mazda RX-VISION dipilih sebagai penerima anugerah Kereta Konsep Paling Cantik pada acara Festival Automobil Antarabangsa kali ke-31 di Paris.  

Mazda-RX-Vision-mekanika (1)

Ketua Reka Bentuk Anntarabangsa Mazda, Ikuo Maeda menerima anugerah tersebut bersama Pengarah Reka Bentuk Mazda Eropah, Kevin Rice; rakan sejawatannya dari Amerika Utara, Julien Montousse dan Pereka Bentuk Mazda, Norihito Iwao.

Penerima anugerah itu dipilih oleh panel juri pakar yang terdiri daripada dunia automotif seni bina, fesyen dan reka bentuk.

Mazda-RX-Vision-mekanika (3)

RX-VISION berjaya mengalahkan model-model konsep lain seperti Bentley Exp10 Speed 6, Peugeot Fractal dan Porsche Mission E.

Dipertontonkan kepada umum pada acara Tokyo Motor Show 2015, RX-VISION membuktikan semangat juang Mazda. Model konsep terkini Mazda itu mengaplikasikan falsafah reka bentuk KODO – Soul of Motion design.

Mazda-RX-Vision-mekanika (2)

Perkadarannya yang sempurna itu menyerlahkan warisan Mazda dalam menghasilkan jentera sports pacuan roda belakang. Dengan rangkaian kuasa rotari yang kompak, bonet hadapannya boleh direndahkan.

Mazda-RX-Vision-mekanika (5)

Apa yang pasti, para peminat jenama Mazda tidak sabar untuk menyaksikan model ini diproduksi.

Google ads
Back to top button