Buletin

MBM LANCAR C-CLASS CABRIOLET & SLC ROADSTER

Mercedes-Benz Malaysia baru-baru ini menambah Mercedes-Benz Dream Cars Collection menerusi pengenalan dua model baharu iaitu C-Class Cabriolet dan SLC Roadster generasi baru.

“Mercedes-Benz Dream Cars Collection merupakan koleksi kereta yang menarik di pasaran sekarang. Kini, kami membawakan kepada anda dua model mewah yang membuatkan pemanduan dengan bumbung diturunkan lebih mengujakan,” kata Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Kenderaan Penumpang MBM, Mark Raine.

Mercedes-Benz-C-300-Cabriolet-mekanika (2)

C-Class Cabriolet

C-Class Cabriolet menggabungkan semua kelebihan model Mercedes dengan keterujaan memandu apabila bumbung diturunkan. Bumbung jenis soft-top dan tingkap kaca itu direka penuh harmoni bersama rekaan bahan belakang yang nampak sporty dengan lampu LED.

Berbanding model saloon, C-Class Cabriolet 15mm lebih rendah. Ini membuatkannya kelihatan lebih sporty dan menawarkan catatan pekali seretan lebih rendah iaitu 0.28.

Mercedes-Benz-C-300-Cabriolet-mekanika (1)

Bumbung itu boleh dibuka dan ditutup dalam masa 20 saat ketika kenderaan bergerak pada kelajuan sehingga 50km/j.

C-Class Cabriolet ditawarkan dalam tiga varian enjin petrol. Ini termasuklah enjin empat silinder bersesaran 2.0 liter berkuasa 184hp, enjin C250 berkusa 211hp dan C300 yang mampu menghasilkan kuasa 245hp. Semua enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear 9G-TRONIC.

Mercedes-Benz-C-300-Cabriolet-mekanika (4)

Untuk varian C 300 Cabriolet, ia didatangkan dengan sistem bunyi Burmester® yang menawarkan kualiti bunyi terbaik, walaupun ketika bumbung diturunkan.

Ringkasan Mercedes-Benz C-Class Cabriolet:

C 200 Cabriolet C 250 Cabriolet C 300 Cabriolet
Silinder 4/sebaris 4/sebaris 4/sebaris
Sesaran 1991 1991 1991
 Kuasa kW/hp 135/184 @ 5,500rpm 155/211 @ 5,500rpm 180/245 @ 5,500rpm
Tork maksimum 300 @ 1,200-4,000rpm 350 @ 1,200-4,000rpm 370 @ 1,300-4,000rpm
Penggunaan bahan api  l/100 km* 6.0-6.3 6.2-6.6 6.7-7.1
Emisi CO2 (g/km) 136-143 140-150 151-161
0-100 km/h

saat.

8.2 6.9 6.4
Maksimum (km/j) 235 244 250
Harga

(OTR tanpa insurans)

*harga termasuk GST

RM358,888 RM388,888 RM443,888

Mercedes-Benz-SLC-300-mekanika (2)

SLC Roadster generasi baru

SLC mengekalkan reka bentuk sebuah roadster Mercedes-Benz yang dinamik dan sporty.

MBM menawarkan SLC dalam dua varian. SLC 200 berkuasa 184 hp, manakala SLC 300 lebih berkuasa dengan 245 hp yang diperah daripada unit enjin empat silinder 2.0 liter.

Mercedes-Benz-SLC-300-mekanika (4)

Operasi bumbung vario-panoramik elektrohidraulik pada kini lebih mudah untuk dioperasi. Ia boleh dibuka dan ditutup ketika kenderaan bergerak pada kelajuan sehingga 40km/j. Satu lagi ciri baru pada SLC ialah pemisah but semi-automatik dan sistem kunci KEYLESS-GO.

Bagi menawarkan lebih praktikaliti, rekaan but SLC mempunyai ruang kargo paling besar dalam segmennya, 335 liter.

Mercedes-Benz-SLC-300-mekanika (1)

Ringkasan Mercedes-Benz SLC Roadster:

SLC 200 SLC 300
Jumlah silinder 4/sebaris 4/sebaris
Sesaran (cc) 1991 1991
Kuasa kW/hp 135/184 at 5500 180/245 at 5500
Tork maksimum 300 at 1200-4000 370 at 1300-4000
Penggunaan bahan api  NEDC (l/100 km) 5.7 5.8
Emisi CO2 (g/km) 133 134
Pecutan 0-100 km/h (s) 6.9 5.8
Kelajuan maksimum (km/j) 237 250
Harga

(OTR tanpa insurans)

*harga termasuk GST

 

RM398,888

 

RM468,888

 

Google ads
Back to top button