Buletin

NAZA KIA MALAYSIA LANCAR RIO SEDAN X – RM77,888

Naza Kia Malaysia telah melancarkan varian terbaharunya, Rio Sedan X yang disasarkan kepada golongan muda dan bergaya.

Kia-Rio-Sedan-X-mekanika (3)

“Dengan sasaran jualan lebih 1,400 unit, kami menjangkakan Rio Sedan mampu menyumbang peratusan yang signifikan kepada prestasi jualan keseluruhan Naza Kia Malaysia iaitu lebih 6,100 unit pada tahun 2016,” kata Ketua Pegawai Operasi Naza Corporation Holdings, Dato’ Samson Anand George.

Rio Sedan X tampil dengan body kit sporty, skirting sisi dan belakang, tempat duduk dibalut kulit serta sistem infotaimen multimedia bersama kamer undur. Sistem hiburan yang terdiri daripada skrin LCD tujuh inci itu didatangkan dengan fungsi mirror link untuk Android dan IOS.

Kia-Rio-Sedan-X-mekanika (1)

Dari segi praktikaliti, tempat duduk sedan itu boleh dilipat untuk menawarkan ruang kargo seluas 389 liter dan 35 peratus ruang but ekstra.

Rio Sedan X dikuasakan oleh unit enjin Gamma 1.4 MPI DOHC CVVT. Mampu menghasilkan kuasa 109PS dan tork 137Nm, ia dipadankan dengan transmisi automatik empat kelajuan.

Boleh didapati dalam warna perak, merah, biru dan putih, Rio Sedan X ditawarkan pada harga RM77,888 seunit.

Anda boleh melihat Rio Sedan X secara dekat di sir jelajah pandu uji Kia yang sedang berlangsung di 1Utama sekarang hingga esok (27 Mac 2016).

Google ads
Back to top button